Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Geng Kunyit Ikat, Campak...

MALANG nasib seorang lelaki apabila dia bukan sahaja dirompak ‘geng kunyit’, malah kaki...

PTPTN Umum Dividen 4...

KUALA LUMPUR - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) hari ini mengumumkan dividen...

Diva AA Serah Bukti...

SELEBRITI yang terkenal dengan kelantangannya bersuara, Azwan Ali hadir ke Pejabat Suruhanjaya Pencegahan...

Projek Bina, Baik Pulih...

KUALA LUMPUR - Kesemua kontrak projek pembinaan masjid baharu dan baik pulih masjid...

Khidmat Rela Ditawarkan Bantu Penguat Kuasa KPDNKK

KUALA LUMPUR – Khidmat 3.6 juta anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) ditawarkan untuk membantu memperkasa pasukan penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ia merupakan kerjasama pintar di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan antara Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan KPDNKK bagi menampung kekurangan pegawai penguat kuasa KPDNKK.

“Saya mendapat tahu bilangan pegawai penguat kuasa di kementerian ini (KPDNKK) agak kurang. Maka saya ingin tawarkan supaya 3.6 juta anggota Rela turut dilibatkan untuk membantu penguat kuasa kementerian berkenaan.

“Anggota Rela seramai 3.6 juta orang juga adalah pengguna. Jadi keprihatinan mereka sudah tentu dapat membantu melestarikan aspek penguatkuasaan,” katanya semasa melancarkan Hari Pengguna Kebangsaan 2015 di sini hari ini.


Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata beberapa akta mungkin perlu dilihat semula bagi membolehkan langkah itu dilaksanakan. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]wQUxlij-klM[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori