Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Remaja Dicekup Ketika Aksi...

KUANTAN - Perbuatan seorang pelajar tingkatan dua mencuri sebuah motosikal di Leban Chondong,...

Saintis Berhasil Tanam Sayur...

UNIK… Para saintis dari Neumayer Station III yang kini tinggal di Antartika, berjaya...

Kuasa Netizen ‘Bawang’, Kontrak...

DEK kuasa netizen mulut 'bawang' berikutan isu rumah tangga melanda pelakon, Izreen Azminda...

99.9 Peratus Akar Umbi...

MARANG : Sebanyak 99.9 peratus akar umbi Pas berpuas hati dengan keputusan parti...

Kisah Syakirin, OKU Yang Bijak Berusaha Mencari Rezeki

KISAH seorang pemuda Orang Kurang Upaya (OKU) yang memilih untuk mencari rezeki di dalam tren LRT cukup menyentuh hati ramai netizen.

Saudari Raja Norli Akma menceritakan pengalamannya ketika bertemu dengan Syakirin, seorang OKU yang gigih berniaga biarpun dirinya serba kekurangan.

Menurut Norli, Syakirin yang tinggal berhampiran dengan rumahnya, menjual sandwich yang dibuat jirannya di KL Sentral.

Jom ikuti kisahnya seperti mana yang dikongsikan.

norli3
Sumber: Facebook Raja Norli Akma

HEBAT LELAKI INI..Nama dia Syakirin…
Dia adalah OKU…Aku kenal dia..sebab di duduk dekat dengan kawasan aku tinggal..

Masuk ajer dlm LRT..dia duduk di hadapanku..
Dengan slamber dia menyapa…

“Kak..saya jual roti kak..sedap..jiran saya buat..tengok ler kak..”

Aku tersipu malu sambil mengambil 1 dan membayar..

Syakirin berkata..sambil mengira “akak ni ada lebih duit ni..” aku kata..”simpan..jangan hilangkan..”

Happy aku sebab aku dpt roti..dan aku dapat menggembirakan..dia…bila bertanya..nak jual ke mana semua roti ni..?? Dia kata KL Sentral..

Masuk seorang kakak..ditegurnya..tapi dengan muka masam..kakak itu melayan memilih roti yang dijual..kakak tu..bayar RM10 dan tanpa berkata apa2..dia membuat isyarat tangan..sahaja..(ambil semua) …tapi..aku salute..dia bersedekah tanpa senyuman..tetapi.

Gembira Syakirin menunjukkan kepada aku ..”kakak ni..kasi saya duit…”

Aku sokong dia sebab dia berjaya menjual 2 roti dengan jayanya..dtg pula..2 orang pelajar wanita…yang lengkap berpakaian..purdah..


Tanpa membeli..terus dia bersedekah sedikit duit seperti..rm2 kepada Syakirin..
Dengan slamber Syakirin..senyum..Kak..ambil ler satu..saya sedekah..

Sambil menolak dan tersipu malu..kakak terpaksa ambil juga..sebab Kata Syakirin..Ambil ler kak..saya ikhlas sedekah..kalau orang lain memang nak..HEBAT LELAKI ini..

Aku melihat kehebatan dia sambil malu pada diri sendiri..DIA Pandai berkata..penuh dengan sedekah..dan Tidak putus asa..dalam mencari rezeki..

AKU BANGGA DENGAN SYAKIRIN..

So..aku percaya..selagi aku ada MULUT..LENGKAP Anggota badanku..aku boleh buat lagi HEBAT dari Syakirin…
TIADA ALASAN untuk kita mengeluh dengan kemiskinan..SYUKUR ALLAH..Berikan kekuatan kepada Anak OKU ini..menghabiskan jualannya..

3 perkara yang aku nak share.
-Rezeki datang dari ALLAH
-Pandai guna Peluang..Kita akan BERJAYA
-JGN letak kekurangan diri sebagai HALANGAN dihadapan ALASAN.

TERUSkan berjuang SYAKIRIN..

Apa yang mengagumkan adalah Syakirin tidak menerima wang sedekah, sebaliknya mereka yang menghulurkan wang kepadanya diminta untuk mengambil sandwich yang dijual.

Walaupun bergelar OKU, dia bijak menggunakan kurniaan ALLAH SWT yang ada untuk meneruskan survival hidup.

Jika pemuda ini mampu, mengapa tidak anda yang sempurna lebih bertungkus-lumus mencari rezeki yang halal bukan? – MYNEWSHUB.CC

Oleh: hzqahmd

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori