Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Banjir: Keadaan Semakin Buruk...

JOHOR BAHRU – Jumlah mangsa banjir di negeri ini terus mencatatkan peningkatan kepada...

Sidang DUN Pulau Pinang...

BUKIT MERTAJAM - Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang bermula 10 Mei...

Remaja Hilang Tinggal Pesanan...

IPOH – Polis memohon bantuan orang ramai mengesan remaja perempuan, S. Tanusha, 18,...

Siti Kasim Seru Pengundi...

PULAK DAH... Peguam kontroversi, Siti Kasim memang diketahui amat cenderung kepada Pakatan Harapan...

Kit Siang Berdepan Tindakan Digantung Hadiri Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR – Lim Kit Siang berdepan hukuman digantung daripada menghadiri persidangan Dewan Rakyat selama enam bulan selepas dianggap tidak berhasrat untuk menarik balik kenyataan dan memohon maaf berhubung tuduhannya terhadap Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Perkara itu diputuskan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Seri Dr Ronald Kiandee selepas mendapati anggota Parlimen Gelang Patah daripada DAP itu tidak berada di dalam dewan ketika diminta memberi penjelasan berhubung pendiriannya dalam isu itu.

“Saya diberitahu yang (Yang Dipertua Dewan Rakyat) Tan Sri (Pandikar Amin Mulia) sudah buat (keputusan) tadi meminta (anggota Parlimen) Gelang Patah (Lim) selepas perbahasan (Usul Jerebu) untuk menyatakan pendirian sama ada meminta maaf tanpa syarat dan menarik balik tuduhan beliau atau tidak.

“Jadi jika Gelang Patah tidak ada di sini (dalam dewan), kita ambil maklum bahawa beliau tidak berhasrat untuk menarik balik kenyataannya itu,” putus Kiandee.

Kiandee ketika ditanya pemberita kemudiannya memaklumkan bahawa usul untuk menggantung Lim akan dibuat Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said pada 11.30 pagi esok.

“Notis pemberitahuan usul itu telahpun diedarkan dalam dewan petang ini,” katanya.

Semalam, Pandikar Amin menuntut Lim membuat permohonan maaf tanpa syarat ekoran kenyataannya yang menuduh beliau menyalah guna kuasa sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat serta cuba mensabotaj siasatan mengenai syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), ketika berhujah mengenai usul pelantikan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), pada Isnin.

Keputusan Kiandee menyebabkan persidangan dewan kecoh apabila beberapa anggota Parlimen membantah keputusan beliau dan mendakwa berlaku salah faham mengenai keputusan Pandikar Amin itu berhubung “tempoh berfikir” yang diberikan kepada Lim untuk menyatakan pendiriannya.

Antaranya Khalid Samad (Amanah-Shah Alam), Jimmy Wong (DAP-Kota Kinabalu), Teo Nie Ching (DAP-Kulai), R.Sivarasa (PKR-Subang) dan Mohamed Hanipa Maidin (Amanah-Sepang) mendakwa kekeliruan berlaku apabila Azalina mengemukakan usul untuk melanjutkan waktu persidangan dari 5.30 petang ke 6.30 petang.

“Apa yang tidak dijelaskan ialah penjelasan oleh Gelang Patah wajib dibuat pada 5.30 petang … saya pun dengar dan menganggap isu itu sudah ditangguh esok,” kata Sivarasa.


“Kita pun terkejut bila Pengerang (Azalina) buat usul lanjut (persidangan) sampai satu jam, kita ingat nak bahaskan usul jerebu sejam lagi, tapi tengok-tengok…,” kata Khalid.

Terdahulu, mesyuarat juga bingit apabila pembangkang mempertikaikan dan mendesak kerajaan menarik balik notis pemberitahuan usul berhubung penggantungan Lim yang diedarkan sebelum anggota Parlimen itu membuat sebarang penjelasan.

Kekecohan itu mengalih tumpuan mesyuarat daripada isu permohonan maaf Lim menyebabkan Pandikar Amin meminta Azalina menarik balik notis berkenaan untuk berlaku adil kepada Lim.

“Kalau umpamanya Gelang Patah ikut arahan saya kelmarin, yang ini (notis pemberitahuan usul) boleh buat begini (merenyuk notis),” katanya yang menegaskan notis pemberitahuan tidak bermakna usul itu sudah diterima untuk dibahaskan.

“Kerana dalam Peraturan Mesyuarat, apa pun kesilapan sekiranya memohon maaf maka tindakan itu dianggap sebagai paling bermaruah.

“Kalau mintak maaf ‘that is the greatest hero’ atau tarik balik, kita di sini bukan nak tunjuk siapa berani kerana kita semua berani. (Tetapi) kalau tiada notis, selepas itu Gelang Patah tidak memohon maaf seperti saya arahkan kalau kerajaan mahu bahas esok, kerana esok sudah Khamis, bermakna perlu lagi notis sehingga Isnin,” jelasnya.

Lim sebelum itu muncul di dewan kira-kira pukul 4 petang dan diberi ruang oleh Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohamad Ismail Said untuk membuat penjelasannya, namun tidak membuat demikian.

Pandikar Amin juga menegaskan sudah memberi masa kepada Lim secukupnya untuk memikirkan pendiriannya.

“Bermakna saya ini bukan diktator, bukan tidak amalkan demokrasi, bukan salah sangka tiap kali, bukan setiap kali buat keputusan ikut telunjuk Perdana Menteri,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori