Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Jumlah Pelajar Dapat Pinjaman...

BERA - Jumlah pelajar mendapat pinjaman pendidikan daripada Majlis Amanah Rakyat (Mara) masih...

Kenapa Kos Kajian Projek...

PUTRAJAYA - Kerajaan DAP Pulau Pinang pimpinan Lim Guan Eng perlu memberi penjelasan...

Anak Tempatan Calon Terbaik...

KUALA KANGSAR - Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz...

Cara Kreatif Selamatkan Perabot...

KATA orang, selagi ada cara, selagi itulah kita perlu mencuba.Itulah yang dilakukan oleh...

Konstabel Polis Patah Kaki Kiri Dirempuh Motosikal Ketika Operasi

PARIT BUNTAR – Seorang konstabel polis patah kaki akibat dirempuh seorang penunggang motosikal ketika cuba melarikan diri daripada sekatan jalan raya dalam Ops Bersepadu di Kilometer 1.5 Jalan Taiping di sini, Jumaat malam.

Ketua Polis Daerah Kerian Superintenden, Omar Bakhtiar Yaacob berkata dalam insiden pada 9.30 malam itu, Konstabel Mohd Faizal Yusob, 28, dari Unit Rondaan Bermotor (URB) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian patah kaki kiri akibat dirempuh.

Anggota polis berkenaan dimasukkan ke Hospital Taiping untuk rawatan lanjut dan kini dalam keadaan stabil dan penunggang motosikal yang positif dadah itu berjaya ditahan dalam operasi bersepadu bersama JPJ dan AADK, katanya ketika dihubungi di sini, Jumaat.

Menurut Omar Bakhtiar, polis turut menemui satu paket kecil dadah dipercayai Syabu dan sebiji pil Erimin 5 pada badan suspek yang berusia lingkungan 20-an itu.


Suspek pernah ditahan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya dan sedang menunggu untuk dibicarakan di mahkamah pada 26 Okt ini, katanya.

Dia kini direman tujuh hari untuk membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori