Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Pendaftaran Automatik Undi18 Berkuatkuasa...

KUALA LUMPUR - Pindaan umur kelayakan pengundi 18 tahun dan pendaftaran pemilih secara...

Billionaire Zionis Warisi Cip...

MISTERI kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 yang genap setahun gagal ditemui pada 8...

“Tahniah Datuk Lee Chong...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengucapkan tahniah kepada...

Syaitan.! Bapa Cabul Anak...

SEPATUTNYA seorang bapa bertanggungjawab melindungi anak tapi kes yang ini terbalik pula apabila...

KPDNKK Rampas Barang Tiruan Bernilai RM65.85j Sejak 2011

NILAI – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) merampas dan menyita barang tiruan bernilai RM65.85 juta dari 2011 sehingga September tahun ini.

Timbalan Pengarah Penguatkuasa Operasi Cawangan Khas KPDNKK Putrajaya, Datuk Iskandar Halim Sulaiman berkata rampasan itu membabitkan 5,641 kes.

“Antara jenis barang tiruan yang kerap dirampas ialah pakaian, barangan kulit berjenama, alat komunikasi, kasut sukan, rokok, makanan, minuman dan lain-lain lagi.

“Rampasan dibuat apabila terdapat aduan dari pemilik cap dagang dan pengguna yang merasakan mereka telah ditipu,” katanya kepada media di Program Pelupusan Dakwat Pencetak Tiruan Bersama Wakil Cap Dagang di sini, hari ini.

Pada program hari ini, KPDNKK telah melupuskan 35,000 dakwat pencetak tiruan pelbagai jenama bernilai RM3 juta, yang dirampas dari tahun 2011 hingga 2014.


“Dakwat pencetak ini ada yang dirampas di kilang, stor dan kedai dan siasatan mendapati kebanyakkan dakwat tiruan ini dibuat di Malaysia.

“Ia sukar dikesan dengan mata kasar kerana secara luarannya, bekas dakwat ini tulen tetapi dakwatnya tiruan, selain harganya yang tidak jauh berbeza dengan harga yang asli,” katanya.

Iskandar Halim turut meminta pemilik cap dagang untuk terus membuat aduan kepada KPDNKK untuk diambil tindakan sekali gus membanteras pengedaran barang tiruan di pasaran. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori