Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Bahan Kimia ‘Solderite’ Tumpah...

IPOH - Bahan kimia jenis 'solderite' tumpah di dalam lori dan bahu jalan...

Polis NS Lupus Air...

PORT DICKSON — Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Negeri Sembilan hari ini melupuskan...

Polis Kenal Pasti 10...

KUALA NERUS - Polis Terengganu akan meningkatkan operasi mencegah jenayah di 10 lokasi...

Suami Isteri Ditahan Edar...

JOHOR BAHRU - Sepasang suami isteri ditahan disyaki terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah...

KTMB Tambah 10 Gerabak Baharu Januari Tahun Depan

KANGAR – Perkhidmatan Kereta Api Elektrik (ETS) dan KTM Intercity, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan ditambah dengan 10 gerabak baharu mulai Januari tahun depan.

Menurut Pengurus Kanan (Pemasaran & Perhubungan Pelanggan dan KTM Intercity), Mohd. Noordin Kimi, gerabak baharu itu yang ditempah dari China dijangka sampai sebelum akhir tahun ini.

“Selain memberi imej perkhidmatan ETS, gerabak-gerabak baharu ini adalah untuk menampung pertambahan jumlah penumpang sejak kebekalangan ini,” katanya kepada pemberita.

Beliau ditemui selepas pelancaran pakej pelancongan ‘Dekat Je Bersama ETS’ dan taklimat Perlis Dekat Je bersama Media dan Penggiat Industri Pelancongan’ oleh Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Mirza Mohammad Taiyab di sini, pada Jumaat.

Mohd. Noordin berkata, KTMB juga telah menukar nama ‘Ekspres Langkawi’ kepada ‘Ekspres Semenanjung’ yang memberi perkhidmatan Johor Baharu-Hatyai mulai 1 Oktober lepas.

Selain itu ujar beliau, pihak KTMB turut menyediakan perkhidmatan ETS tambahan Kuala Lumpur-Padang Besar, Ipoh-Padang Besar dan Gemas-Padang Besar.


“Masa buat promosi di Indonesia, kami mendapati ramai orang yang pernah bercuti di Hatyai tidak mengetahui mengenai perkhidmatan Ekspres Semenanjung atau Intercity. Malah ramai juga tidak mengenali Langkawi.

KTMB akan berusaha menarik minat mereka menggunakan perkhidmatan yang disediakan dengan kerjasama pihak Tourism Malaysia,” kata Mohd. Noordin.

Dalam pada itu, beliau berkata tempahan tiket ETS bagi perjalanan Kuala Lumpur-Padang Besar sehingga akhir bulan ini hampir penuh. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori