KUALA LUMPUR – Kualiti udara di seluruh negara berada dalam keadaan baik dan tiada kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat pukul 9 pagi ini.
Menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), 15 kawasan mencatatkan IPU baik (antara 0 hingga 50) dan 36 kawasan di paras sederhana (antara 51 hingga 100).
Kawasan yang mencatatkan IPU sederhana (antara 51 hingga 100) adalah Larkin Lama, Muar, Pasir Gudang di Johor, Bakar Arang di Sungai Petani, SMK Tanjung Chat di Kota Bharu, Bandaraya Melaka, Bukit Rambai di Melaka, Nilai, Port Dickson, Seremban di Negeri Sembilan dan Balok Baru di Kelantan.
Ini termasuk Indera Mahkota di Kuantan, Jalan Tasek di Ipoh, Kg Air Putih di Taiping, SK Pegoh di Ipoh, Seri Manjung dan Tanjung Malim di Perak, Seberang Jaya 2 di Perai dan USM di Pulau Pinang.
Kawasan lain yang turut mencatatkan IPU sederhana adalah Bintulu, Kapit, Kuching, Samarahan, Sibu dan Sri Aman di Sarawak, Banting, Kuala Selangor, Pelabuhan Klang, Petaling Jaya dan Shah Alam di Selangor, Kemaman, Kuala Terengganu dan Paka di Terengganu, Batu Muda dan Cheras di Kuala Lumpur dan Putrajaya. – BERNAMA