Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Cabul: Kecoh Tukang Masak...

IPOH - Prosiding di Mahkamah Tinggi di sini hari ini kecoh seketika apabila...

Lelaki Didakwa Buat Tuntutan...

IPOH -Seorang lelaki sekali lagi didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini...

Selepas Jauhi Saudi, Malaysia...

PERDANA Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bertemu dengan Presiden Iran, Hassan Rouhani semasa...

Netizen Lancar Kempen #BoycottFoodpanda...

SHAH ALAM - Ramai netizen kini melancarkan kempen #boycottfoodpanda dan #UninstallFoodPanda di media...

Jerebu: Kualiti Udara Seluruh Negara Baik Setakat 9 Pagi

KUALA LUMPUR – Keadaan jerebu di seluruh negara terus menunjukkan perkembangan positif dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) merekod tahap baik dan sederhana setakat 9 pagi ini.

Menurut laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS), sebanyak 14 kawasan merekodkan bacaan IPU baik 24 hingga 50 antaranya ialah Kangar, Perlis (28); Langkawi, Kedah (37); Labuan, Wilayah Persekutuan (24); Keningau, Sabah (36) dan Limbang, Sarawak (31).

Sementara itu, sebanyak 36 kawasan lagi mencatat IPU sederhana antaranya Larkin (69); Pasir Gudang, Bandaraya Melaka dan Bukit Rambai (masing-masing 74); Nilai dan Port Dickson (masing-masing 73), manakala Seri Manjung, Perak dan Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang (masing-masing 61).

Kawasan lain yang turut sederhana ialah Kuching (63); Banting (76); Pelabuhan Klang (82); Shah Alam (70); Batu Muda, Kuala Lumpur (62) dan Putrajaya (65).


IPU antara 0 hingga 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 301 ke atas (berbahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori