Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Boeing Hantar Pesawat 737-700...

KUALA LUMPUR - Pembuat kapal terbang iaitu Boeing telah menghantar pesawat 737-700 yang...

Semua Pusat Pemindahan Banjir...

KOTA KINABALU - Semua pusat pemindahan banjir di daerah Pitas ditutup pagi ini...

Sekolah Pemimpin Masa Hadapan...

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan melaksanakan program “Sekolah Pemimpin Masa Hadapan” (Malaysia Future...

Labuan Pertama Capai Imuniti...

LABUAN - Labuan hari ini selesai memvaksinasi penuh 80 peratus populasi dewasa, menjadikan...

Kualiti Udara Semakin Baik, Cuma 5 Kawasan IPU Tak Sihat

KUALA LUMPUR – Kualiti udara di seluruh negara bertambah baik pada 1 tengah hari ini dengan kebanyakan kawasan menunjukkan penurunan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU), berbanding 9 pagi tadi.

Menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), hanya lima kawasan masih merekodkan bacaan IPU tidak sihat iaitu Pelabuhan Klang (125); Shah Alam (116); Banting (110); Pasir Gudang, Johor (108)dan Petaling Jaya (105).

Dua kawasan kekal merekodkan bacaan tahap sihat iaitu ILP Miri (47) dan Limbang (45).

Sementara 45 kawasan lain pula mencatatkan IPU sederhana.


IPU antara 0 hingga 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 301 ke atas (berbahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori