Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Abu Talib Dilantik Sebagai...

KUALA LUMPUR – Bekas Peguam Negara, Tan Sri Abu Talib Osman, dilantik sebagai...

Amy Kwan Tekad Pamer...

KUALA LUMPUR - Selepas diketepikan ekoran masalah kecergasan dua tahun lepas, atlet gimnastik...

PRN Johor: UMNO Tidak...

JOHOR BAHRU: UMNO tidak menawarkan sebarang habuan kepada dua bekas Ahli Dewan Undangan...

2 Wanita Melecur Dapur...

KUALA LUMPUR - Dua wanita melecur apabila dapur yang dipercayai digunakan untuk menyediakan...

Kualiti Udara Singapura Kekal Dalam Kategori Tak Sihat

SINGAPURA – Jerebu masih menyelubungi Singapura hari ini walaupun keadaan bertambah baik pada Jumaat, dengan bacaan Indeks Pencemaran Standard (PSI) 24 jam kekal dalam kategori tidak sihat.

Setakat 9 pagi ini, bacaan PSI 24 jam adalah 123 hingga 153, di antara pertengahan dan bahagian tertinggi dalam kategori tidak sihat manakala PSI bagi tiga jam adalah 177, menurut Agensi Alam Sekitar Nasional (NEA).

Keadaan jerebu sekarang dijangka berterusan dengan kemungkinan sedikit pengurangan.

Bacaan PSI 24 jam hari ini dijangka di antara pertengahan dan bahagian tertinggi dalam kategori tidak sihat, dan boleh mencecah bahagian terendah kategori sangat tidak sihat jika jerebu lebih padat dibawa angin.


NEA berkata tahap ketampakan hari ini mungkin merosot terutama pada sebelah pagi apabila kelembapan tinggi. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori