Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Produk Gardenia Naik 10...

KUALA LUMPUR: Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd (Gardenia) mengesahkan beberapa produk keluarannya akan...

Pendapatan Lumayan Di Felda...

TANJUNG MALIM - Peneroka Felda mampu memperoleh pendapatan lumayan sehingga RM6,000 sebulan sekiranya...

Melaka Tidak Kompromi Tahap...

MELAKA - Kerajaan Melaka tidak akan sama sekali berkompromi terhadap tahap kebersihan tandas...

Taufan Irma: Jutaan Penduduk...

HAVANA - Taufan Irma mula membadai Cuba dengan membawa angin kencang yang meragut 21...

Kulit Cantik, Bebas Cela Dengan Terapi Lendir Siput Babi

WANITA dan kecantikan tidak dapat dipisahkan, maka tidak hairanlah jika mereka sanggup melalui pengalaman ‘mengerikan’ semata-mata untuk cantik.

Jika suntikan botox dan kolagen sudah menjadi perkara biasa, kini kita perkenalkan yang ‘luar biasa’ – terapi lendir siput babi.

Walaupun satu konsep yang masih baru di Malaysia, namun terapi lendir siput babi ini sebenarnya sangat popular di Thailand, Korea dan Jepun.

Snail Spa di Chiang Mai,Thailand, yang diusahakan oleh dua orang lelaki warga Perancis, menyediakan perkhidmatan kecantikan yang menggunakan siput babi secara eksklusif.

Menurut salah seorang pemiliknya, Luc Champeyroux, lendir siput babi atau nama saintifiknya, helix aspersa müller glycoconjugates, sememangnya mempunyai kebaikan semulajadi dan kandungan antioksidan tinggi yang mampu menghaluskan serta mengurangkan kedutan pada kulit wajah.

Lendir dan sisa kumuhan yang dikeluarkan siput tersebut turut mengandungi asid glaikolik dan elastin. Selain daripada itu, anatomi serangga itu sendiri yang mempunyai 14,000 gigi mikroskopik dapat memberikan efek terapeutik apabila dibiarkan menjalar dan ‘mengurut’ kulit wajah manusia.

Selain daripada menggunakan lendir siput babi secara mentah, Champeyroux turut memperkenalkan produk kecantikan Coquille, yang diformulasikan khas untuk mengurangkan rengsa kulit wajah selain daripada anti-penuaan dan parut jerawat.


Namun, kesan rawatan lendir siput babi ini bukanlah ‘ekspres’ dan segera. Anda perlu melakukan beberapa siri rawatan facial tersebut di salon selama beberapa kali beserta penggunaan produk yang mempunyai enzim siput babi itu sebelum kesan positif dapat dilihat.

Tapi jangan guna sebarang siput pula, kerana spesis yang digunakan bagi tujuan kecantikan ini bukanlah jenis yang biasa merosakkan tanaman di kebun kita tu ya!

Untuk memastikan bekalan lendir siputnya berterusan, Champeyroux telah membawa masuk 100 ekor siput babi spesis Helix aspersa daripada Perancis untuk dibiakkan bagi tujuan komersial tahun lalu dan kini, koloni gastropod itu telah mencecah 30,000 ekor.

“Kami hanya memberi makanan yang terbaik pada koloni siput babi kami – lobak merah bebas-kimia, kobis dan daun lidah buaya yang ditanam di kebun organik,” kata Champeyroux, menutup perbualan. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori