Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Akta Hasutan 1948 Akan...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Akta Hasutan 1948 tidak...

MotoGP: Binder Ganti Hafizh...

PELUMBA dari Afrika Selatan, Brad Binder sah menggantikan posisi Hafizh Syahrin dalam pasukan...

Video: Pakwe Lempang Awek...

ORANG kata kalau berkasih tu jangan sampai jadi bodoh dan menurut kata je.. Kalau...

PRK Rantau: PAS Kerah...

SEREMBAN - PAS Negeri Sembilan akan membantu memenangkan calon Barisan Nasional (BN) dalam...

Jerebu: Kurangkan Aktiviti Luar Dan Aktiviti Air – Bomba

KUALA TERENGGANU – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu mengingatkan orang ramai agar mengurangkan aktiviti luar termasuk aktiviti di air sepanjang keadaan berjerebu ini.

Pegawai Perhubungan Awam Bomba Negeri, Rozizah Abni Hajar berkata ia bagi mengelakkan sebarang insiden yang tidak diingini berlaku dengan persekitaran yang diselubungi udara yang tidak sihat.

“Kita harap orang ramai dapat mengehadkan aktiviti rekreasi dan mandi di kawasan pantai, air terjun dan sebagainya.

“Keadaan ketika ini tidak sesuai untuk melaksanakan aktiviti tersebut serta boleh memudaratkan kesihatan mereka,” katanya kepada Bernama di sini Isnin.


Beliau turut mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan pembakaran terbuka termasuk pembakaran sampah termasuk tayar buruk sepanjang musim ini yang boleh menyumbangkan kepada jerebu.

Justeru beliau meminta orang ramai yang melihat terdapat kebakaran belukar, sampah dan sebagainya dapat menghubungi pihak bomba dengan kadar segera. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori