Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Buat Comeback, Faizal AF...

SELEPAS hampir lima tahun menyepikan diri, penyanyi Faizal Ramliy atau lebih dikenali sebagai...

Terpulang Kepada Pengurusan KFA...

ALOR SETAR - Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) Datuk Seri Ahmad Bashah...

Misi Repatriasi Bawa Pulang...

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan melaksanakan misi repatriasi khusus bagi membawa pulang rakyat...

46 Stesen Pemancar Di...

LABUAN - Sebanyak 46 stesen pemancar telekomunikasi akan dinaik taraf kepada evolusi jangka...

Lana Nodin Sah Hamil, Ingin Bersalin Di Malaysia

SETELAH lima bulan mendirikan rumahtangga dengan lelaki warga Amerika, Lana Nodin akhirnya mengesahkan dirinya sedang hamil anak pertama.

Bercakap kepada Harian Metro, Lana atau nama sebenarnya Maz­lina Hassan Nodin memberitahu kandungannya kini sudah memasuki trimester kedua.

loya1.jpg.transformed

“Alhamdulillah, kami dikurniakan rezeki awal. Ikut perancangan kami mahukan anak selepas dua tahun berkahwin, tapi itu semua ketentuan Allah SWT dan kami bersyukur. Jika difikir balik, semua itu ada hikmah kerana usia kami bukannya muda lagi.

“Sekiranya dua tahun dari sekarang baru nak dapat anak, saya rasa agak lambat juga. Apatah lagi saya mahukan empat anak,” katanya.


Selain itu, Lana akui dia turut mengalami beberapa alahan termasuk tidak boleh melihat spaghetti berwarna hijau.

Pada masa yang sama, Lana yang mengikuti suaminya, Daud McKinzie yang juga atlet bola tampar pantai kebangsaan AS ke negara itu turut meluahkan harapannya yang mahu bersalin di Kuala Lumpur. – MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=YyTFMG9uUq0

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori