Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Timun Dijumpai Dalam Dubur,...

SEORANG imam sebuah masjid di Turki terpaksa digantung tugas selepas laporan pemeriksaan kesihatannya...

Agenda Kristianisasi Dedah Sikap...

WALAUPUN sering menunjukkan wajah mesra dengan orang Islam termasuk hadiri majlis di masjid,...

10,000 T-Shirt Bangkit Kesedaran...

KUALA LUMPUR – Menjelang Himpunan Pertahan Kedaulatan Islam secara besar-besaran di ibu negara...

Selangor Harap Kembali Beraksi...

KUALA LUMPUR – Pasukan Selangor masih berharap kerajaan negeri akan membenarkan pasukan itu...

Lapangan Terbang Changi Sambut Ketibaan Pesawat Star Wars

SINGAPURA – Lapangan Terbang Antarabangsa Changi akan menerima ketibaan pesawat komersial pertama yang dihiasi lambang Star Wars pada 12 November dan peminat berpeluang menaiki pesawat itu tanpa perlu membeli tiket.

Pesawat R2-D2TM All Nippon Airways (ANA) akan membuat lawatan khas di sini untuk menemui peminat yang bertuah, menurut pihak berkuasa lapangan terbang itu dan ANA dalam kenyataan bersama pada Rabu.

Pesawat pertama dalam siri tiga pesawat bertemakan Star Wars oleh ANA dan The Walt Disney Co. (Japan) Ltd., pesawat R2-D2TM ANA dihias sebagai droid daripada watak Star Wars dan telah diperkenalkan pada bulan lepas.

“Pesawat khas ke Singapura ini, disewa oleh JTB Japan, akan membuat persinggahan singkat di Lapangan Terbang Changi, dan acara bakal diadakan untuk para peminat pada 14 November,” katanya.

Baca: Star Wars Terbaharu Tayang Awal Di UK?

Juga: Dunia Galaksi Star Wars Versi Wayang Kulit

Lagi: Pengumpul Model Lego Sanggup Belanja Besar

Mulai sekarang hingga 25 Oktober, peminat Star Wars di Singapura boleh memenangi sepasang tiket setiap seorang dengan menyertai pertandingan dalam talian menerusi laman web ANA dan laman Facebook Lapangan Terbang Changi.


Naib Presiden Pemasaran dan Jualan Asia & Oceania ANA, Mitsuo Tomita berkata: “Pesawat R2-D2TM ANA menerima minat yang luar biasa dari seluruh dunia.

“Kami berasa gembira dapat bekerjasama dengan Lapangan Terbang Changi untuk berkongsi pengalaman eksklusif ini bersama peminat di Singapura.”

Selain laluan domestik, pesawat R2-D2TM ANA dijadual melakukan penerbangan antara Tokyo dan Vancouver di Kanada, Seattle dan San Jose di Amerika Syarikat, Munich, Paris dan Brussels di Eropah, Sydney di Australia, Beijing di China dan Jakarta di Indonesia. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]wMEelPJrzqo[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori