Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Belia India Dipelawa Sertai...

ARAU - Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim akan...

Jemaah Jumpa Bayi Dihurung...

SEORANG bayi yang masih bertali pusat ditemui dalam keadaan menyayat hati apabila tubuhnya...

“Kecik-Kecik Dah Tunjuk Perangai...

IPOH - Aksi sekumpulan remaja yang dirakam cuba memecahkan mesin tukar wang di...

Mary-Kate Olsen Kahwini Adik...

PELAKON kembar Mary-Kate Olsen, 29, dilaporkan sudah mendirikan rumah tangga dengan kekasihnya, Olivier...

Larian Maraton SCKL Dibatalkan Berikutan Jerebu

KUALA LUMPUR – Larian Maraton Standard Chartered Kuala Lumpur yang dijadual berlangsung esok, telah dibatalkan berikutan keadaan jerebu yang semakin teruk.

Menurut kenyataan media disiarkan di laman Facebook Larian Maraton Standard Chartered KL, www.facebook.com/SCKLmarathon hari ini, menyatakan pembatalan itu dibuat selepas mendapat nasihat daripada pasukan perubatan, Persekutuan Olahraga Malaysia (MAF) dan Institut Sukan Negara (ISN).

“Kesihatan dan keselamatan kesemua peserta tetap menjadi keutamaan kami. Sejak pengumuman terakhir oleh kami, malang sekali keadaan jerebu telah mencapai tahap tidak sihat mengikut amaran pemantauan terkini,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, keputusan berkenaan turut disokong oleh penganjur bersama, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) serta penaja utama, Standard Chartered Bank Malaysia.

“Kami menghargai sokongan ditunjukkan oleh peserta larian ini sepanjang keadaan cuaca yang mencabar ini,” kata kenyataan itu.


Penganjur turut menasihatkan peserta yang sudah mendaftar supaya berada di Dataran Merdeka dengan bib perlumbaan masing-masing untuk mengambil barangan perlumbaan mereka, mulai 6 pagi hingga 12 tengah hari, esok.

“Bagi mereka yang tidak sempat mengambil barangan pada masa ditetapkan itu, urusan alternatif pengambilan barangan ini akan diumumkan dalam saluran media sosial Larian Maraton Standard Chartered KL,” kata kenyataan itu.

Berikutan pembatalan larian itu, penutupan jalan dan infrastruktur sokongan masih kekal di laluan yang ditetapkan termasuk Jalan Raja Laut, Jalan Sultan Ismail, Jalan Raja Chulan, Jalan P. Ramlee, Jalan Ampang, Jalan Kuching, Jalan Parlimen, Jalan Cenderawasih, Jalan Lembah dan Jalan Sultan Hishamuddin pada Ahad (4 Okt), mulai 6 hingga 9 pagi, kata kenyataan itu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori