Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Wanita Durjana Bantu Kekasih...

Wanita durjana ini layak diberikan gelaran `ibu syaitan’. Kesalahan yang dilakukannya ialah membantu...

Redza Minhat Dikurnia Cahaya...

PELAKON filem KIL, Redza Minhat dikurniakan cahaya mata kedua yang diberi nama Kurnia...

119 Penerbangan Dijangka Tiba...

KUALA LUMPUR: Lapangan terbang di seluruh negara dijangka menerima sebanyak 119 penerbangan pada...

Kekal Akta Hasutan Kawal...

KUALA LUMPUR - Keputusan kerajaan mengekalkan Akta Hasutan 1948 bukanlah bertujuan mengekang kebebasan...

Lebih 50,000 Sertai Perarakan Maal Hijrah 1437

KUALA LUMPUR – Lebih 50,000 peserta yang lengkap berpakaian baju kebangsaan menyertai perarakan Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1437H/2015M yang julung kalinya diadakan di Masjid Negara, di sini pagi Rabu.

Berbeza dengan sambutan sebelum ini, perarakan itu yang bermula seawal jam 7.45 pagi, bergerak dari lima lokasi sebelum berakhir di Masjid Negara.

Perarakan diketuai Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang berarak dari Dataran Merdeka, manakala kontinjen lain dari Masjid Jamek, Padang Merbok, Muzium Negara dan Muzium Kesenian Islam.

Perarakan itu turut disertai lebih 200 motosikal dari Kelab ABCM dan Kelab 300 KMJ bagi menyemarakkan semangat sambutan Maal Hijrah.

Jamil Khir berkata, sambutan pada tahun ini adalah manifestasi rasa keinsafan dan kesedaran memuliakan pengorbanan Nabi Muhammad dalam peristiwa hijrah.

“Sambutan bulan baru hijrah ialah satu sambutan terpenting dalam kalendar Islam, melambangkan peristiwa sejarah yang mengeluarkan manusia daripada kegelapan,” katanya berucap pada Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1437H/2015M, pagi Rabu.


Yang turut hadir, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Othman Mustapha.

Sambutan Maal Hijrah dengan tema `Perpaduan Nadi Transformasi Negara’ diadakan di Masjid Negara sempena sambutan jubli emas masjid itu. – BHarian Online

[wpdevart_youtube]f4hfZ__R7h0[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori