Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

KAFA Belum Terima Surat...

KOTA BHARU - Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) masih belum menerima surat rasmi...

Jepun Merancang Untuk Membina...

Jika anda ke pasaraya besar, pasti anda akan terserempak dengan figura permainan robot...

Kuasai Bahasa Inggeris Dengan...

KUCHING - Seseorang pelajar perlu banyak membaca buku serta berkomunikasi dalam bahasa Ingeris...

Transformasikan Kemajuan Masyarakat India

KUALA LUMPUR - Kerajaan sentiasa mencari jalan mentransformasi kemajuan masyarakat India di negara...

Lelaki 55 Tahun Kekal Sihat Dengan Jalan Pakai Kasut 70 Kilo

SEORANG lelaki yang tinggal di sebuah perkampungan kecil Sichuan, China menarik perhatian ramai apabila berjalan kaki dengan memakai kasut seberat 70 kilogram setiap hari.

Menurut Huang Baoquan, 55 tahun, dia melakukan rutin senaman pelik tersebut lebih 30 tahun pada setiap pagi untuk kekal sihat.

“Setiap hari saya perlu bersenam dengan kasut ini sekurang-kurangnya satu jam sehingga berasa selesa. Jika tidak seluruh badan akan berasa lemah,” katanya dipetik People Daily Online.

Kebiasaannya, Huang akan berjalan lebih 200 meter dengan memakai kasut seberat 70 kilogram itu sambil memegang pemberat setiap hari.


Difahamkan, kasut unik tersebut malah dibuat sendiri oleh Huang.

Setakat ini, dikatakan tiada siapa yang mampu untuk berjalan memakai kasut itu selain Huang, bahkan seorang lelaki dilaporkan patah kaki selepas cuba untuk berjalan dengan kasut tersebut. – MYNEWSHUB.CC

[youtube http://www.youtube.com/watch?v=6HqB_vTzw9M]

  • Lagi berita berkaitan:
  • kasut

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori