Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Siti Kasim Jadi Peguam...

AKTIVIS propembangkang, Siti Kasim dilaporkan menjadi peguam bagi menjamin kelancaran perjalanan pertandingan ratu...

“Lepas Langgar Anak Saya,...

"WANITA pandu kereta jenis Perodua Myvi yang langgar anak saya, sila tampil bersemuka...

Kronologi Cacamarba Pembangkang Menjelang...

21 Oktober 2023: Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air (GTA), Tun Dr Mahathir Mohamad...

Proses Pemilihan PKR Akan...

SHAH ALAM – Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata mekanisme e-undi...

Lelaki Berperwatakan Wanita Tawar Khidmat Seks Didenda

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki yang berperwatakan wanita didenda RM800 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas dia mengaku bersalah menawarkan khidmat seks kepada seorang anggota polis dua hari lepas.

Chan Chew Mun, 43, didakwa melakukan kesalahan itu di hadapan kedai baju di Jalan Petaling, di sini pada 5.30 petang, 30 September lepas mengikut Seksyen 372 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum satu tahun atau denda atau kedua-duanya.

Majistret Mohd Rehan Mohd Aris turut memerintahkan Chew Mun dipenjara satu bulan jika gagal membayar denda. Chew Mun membayar denda tersebut.

Ketika rayuan, peguam Zulkifli Awang yang mewakili tertuduh memohon hukuman denda paling ringan atas alasan anak guamnya berjanji akan mencari pekerjaan lain seperti pembantu restoran jika diberi peluang kedua.


“Anak guam saya menanggung ibunya yang berusia 70 tahun yang terlantar sakit dan juga ahli keluarga yang lain,” katanya.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Farah Aimy Zainul Anwar. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori