Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Suspek Bunuh Dr. Fadi...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) yakin dua suspek utama pembunuhan imam...

Xiaomi Malaysia Umumkan Produk...

XIAOMI bakal menjadualkan sebuah acara khas pada 22 Julai ini apabila khabar mengenai...

Pelancong Korea Cedera ‘Diserang’...

KUANTAN - Seorang pelancong lelaki Korea Selatan cedera ringan selepas 'diserang' sekumpulan kera...

Saya Boleh Melihat, Mak-...

Sonia dan Anita, pasangan adik beradik yang buta sejak dilahirkan tidak menyangka mereka...

Lelaki Maut Motosikal Langgar Kerbau

IPOH – Seorang lelaki maut apabila motosikal yang ditunggangnya melanggar kerbau di Jalan Selama-Sungai Siputeh, Kampung Banggol Jas dekat Selama, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Selama DSP Loo Lian Lay berkata mangsa Hisyam Abdul Rahim, 25, dari Simpang Tiga, Sungai Bayor, maut di tempat kejadian dalam nahas yang berlaku pada pukul 12.05 tengah malam.

“Kejadian berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari Sungai Bayor ke Selama. Sampai di tempat kejadian, mangsa dipercayai telah melanggar seekor kerbau yang sedang melintas jalan.

“Mangsa tidak sempat menghentikan motosikalnya ketika kerbau itu melintas di hadapannya lalu mangsa jatuh di atas jalan raya,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala kerana dipercayai tidak memakai topi keledar ketika menunggang motosikal.


Loo berkata mayat dibawa ke Hospital Selama untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau juga menasihati penduduk di sekitar kawasan itu yang memelihara binatang peliharaan agar tidak membiarkan ternakan itu berkeliaran di jalan raya hingga mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori