Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Malaria Zoonotik Ancaman Baharu...

KUALA LUMPUR : Malaysia sedang menghadapi ancaman baharu yang serius dalam jangkitan malaria...

Bila Islam Hanya Sebagai...

ASTAGHFIRULLAH, terkejut kami baca status Facebook seorang peminat bola sepak yang terlampau fanatik...

Peniaga Kena ‘Main’, Pembeli...

APALAH jenis orang yang suka menganiaya perniagaan orang lain ni. Dah lah menyusahkan...

Kumpulan Persoal Laporan PAC...

GEORGE TOWN - Kumpulan The Penang Citizens Awareness Chant Group mempersoalkan kenapa Laporan...

Lelaki Tampar Imam Masjid Negara Didenda RM12,000

MAHKAMAH Majistret Kuala Lumpur, pada Jumaat menjatuhkan hukuman denda RM12,000 kepada seorang lelaki warga India selepas mengaku bersalah menampar Imam II Masjid Negara, ketika berlangsungnya solat Jumaat bulan lalu.

Majistret Siti Radziah Kamarudin turut mengarahkan tertuduh, Shabir Ahmad Khan, 31 tahun; menjalani hukuman penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.

Tertuduh didakwa melakukan kecederaan terhadap Mohd. Zuhairee Mohd. Yatim, 39 tahun; di Masjid Negara, Jalan Perdana, Dang Wangi, Kuala Lumpur kira-kira jam 1.30 tengah hari, bertarikh 18 September lalu.

Selain itu, Shabir turut didakwa atas dua lagi pertuduhan iaitu mengganggu perjalanan solat Jumaat dan tinggal lebih masa di negara ini di tempat, waktu dan tarikh sama meskipun Pas Lawatan Sosialnya telah tamat tempoh pada 17 Julai lalu.


Berdasarkan laporan psikiatri, Shabir disahkan menghidap kecelaruan bipolar dan tidak sedar akan tindakannya ketika kejadian tersebut. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: BH Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori