Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Lelaki Ditemui Maut Di...

KUANTAN - Seorang lelaki ditemui maut dalam keadaan terbaring dan ditutupi bantal di...

Jangan Memburukkan Kristian –...

KUALA LUMPUR - Pemimpin Melayu DAP menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan ke atas...

Kerajaan Kaji Dasar, Kurangkan...

KUALA LUMPUR : Kerajaan sedia menilai semula beberapa dasar sedia ada sebagai langkah...

Lebih 20 Babi Hutan...

SINGAPURA - Kelibat babi hutan berkeliaran di republik kecil ini bukan lagi pemandangan...

Lesbian Ditangkap Berkucupan Di Khalayak Ramai

POLIS kini sedang menyiasat dakwaan mengenai sepasang kekasih lesbian yang ditangkap di Hawaii akibat bercumbu di tempat terbuka di sebuah kedai serbaneka.

Courtney Wilson dan Taylor Guerrero, dari Los Angeles, ditangkap oleh polis kerana mempamerkan perbuatan memalukan termasuk berpelukan dan bercumbu.

Polis kemudiannya mengarahkan mereka supaya berhenti daripada berbuat demikian dan beredar ke tempat lain jika mahu `berkasih sayang’ sedemikian rupa.

Mereka kemudiannya berhenti daripada bercumbu dan meneruskan aktiviti membeli belah di situ.

Bagaimanapun tanpa malu, mereka kemudiannya mempamerkan budaya songsang dengan berkucupan sekali lagi di situ.

Ia menyebabkan polis terbabit yang nampak mereka berkelakuan tidak bermaruah itu marah lalu mengarahkan mereka menghentikannya. Pada masa sama menghalau lesbian terbabit.


Susulan itu berlaku pergaduhan dan kedua-duanya telah ditangkap kerana mencederakan anggota polis terbabit.

Mereka kemudiannya terpaksa bermalam selama tiga hari dalam lokap dan hanya dibebaskan dengan ikat jamin.

Namun pasangan lesbian itu tidak berpuas hati dan kini mahu menyaman anggota polis terbabit dengan alasan mereka diganggu. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori