Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Harimau Belang Mati Dirempuh...

KEMAMAN - Seekor harimau belang dewasa mati selepas dirempuh sebuah kenderaan pelbagai guna...

60% Disenarai Hitam Bayar...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 60 peratus peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)...

95% Pelajar PERMATApintar Ikuti...

BANGI - Kira-kira 95 peratus daripada 579 lepasan Pusat PERMATApintar memilih untuk melanjutkan...

UMNO Pertikai Bekas Editor...

PROTES... UMNO mempertikaikan pelantikan bekas editor The Rocket milik DAP, Wan Hamidi Hamid...

“Letak Asas Akidah Dan Iman Dalam Perniagaan”

KUALA LUMPUR – Sambutan Maal Hijrah tahun ini turut memberi pengiktirafan kepada tokoh-tokoh di peringkat negeri dalam pelbagai bidang.

Di PAHANG, pengarah urusan syarikat fabrikasi industri minyak dan gas, Asturi Metal Builders (M) Sdn Bhd Datuk Md Sharif Shamsuddin dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah Pahang yang disampaikan Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah hari ini.

Pemilihan Md Sharif, 65, anak jati Jerantut itu dibuat berdasarkan sumbangannya dalam bidang perniagaan dan juga pembangunan Islam di Pahang, termasuk mewakafkan Masjid Muamalat Assharif di Bandar Damansara di sini, yang boleh memuatkan 650 jemaah dalam satu-satu masa.

Selain itu, Md Sharif yang juga pembayar zakat terbesar individu di Pahang pada 2010, 2011, dan 2012 juga mewujudkan kelas belajar al-Quran Assharif di Indera Mahkota di sini, dengan matlamat mengajar golongan dewasa menggunakan sukatan silibus yang betul secara percuma.

Berkongsi rahsia kejayaannya dalam bidang perniagaan, Md Sharif berkatabeliau menitikberatkan agama dan konsep berasaskan syariah Islam dalam setiap urusan perniagaan selain tidak takut untuk menginfakkan harta untuk perkembangan agama serta bersedekah kepada mereka yang memerlukan.

“Pandangan saya ramai peniaga Melayu tidak berjaya kerana tidak meletakkan asas akidah dan iman dalam perniagaan, contohnya tidak mahu membayar zakat dan memaksa kakitangan untuk membayar zakat. Jangan ada unsur penipuan, jaga kualiti, timbangan dan hubungan,” katanya yang menerima wang tunai RM10,000 dan sijil iringan.

Md Sharif, yang mempunyai empat cahaya mata berusia 28 hingga 36 tahun hasil perkongsian hidup dengan Datin Sharifah Fatimah Syed Omar, 65, menambah beliau kini sedang menyiapkan buku mengenai rahsia perniagaannya untuk dikongsi bersama masyarakat.

Sementara itu, penggerak masyarakat Orang Asli di Pejabat Agama Islam Kuala Lipis, Mokhtar Mat Tahar, 57, menerima Anugerah Mubaligh Saudara Baru sebagai menghargai sumbangannya membawa 1,701 Orang Asli memeluk Islam sejak 1991.

Berkongsi pengalamannya, Mokhtar berkata beliau pernah menghilir sungai dengan sebatang buluh dari Kampung Pantos, Kuala Lipis ke Kampung Kuala Serau, Sungai Koyan kerana tidak mempunyai duit untuk menyewa bot manakala kawasan berkenaan semasa itu, tidak mempunyai jalan raya.

Mokhtar juga pernah menunggang motosikal selama empat jam untuk ke kawasan Orang Asli di Kuala Lipis menggunakan jalan balak, selain perlu berjalan kaki seorang diri di dalam hutan selama enam jam kerana motor rosak semasa pulang berdakwah.

“Bagaimanapun, kepenatan dan sakit-sakit ke sana sini akan hilang apabila ada yang memeluk agama Islam. Malah ada kawasan yang saya kunjungi masih belum diberikan hidayah untuk memeluk Islam, namun saya tidak akan berputus asa,” katanya yang menerima wang tunai RM5,000 dan sijil.

Mokhtar menambah beliau masih berhubung dengan mereka yang dibawa masuk ke dalam Islam, bagi memastikan mereka mendapat pendidikan dan pemahaman yang betul mengenai agama.

Di MELAKA, Ketua Pengarah yang juga Ketua Hakim Syarie Tan Sri Dr Ibrahim Lembut dipilih penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah 1437/2015 peringkat negeri Melaka hari ini dan membawa pulang wang tunai RM10,000; plak penghargaan dan hadiah iringan.


Anugerah berkenaan disampaikan Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob dan turut dihadiri Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron.

Ibrahim, 63, berasal dari Baling, Kedah ditemani isterinya Puan Seri Halimah Abdul Majid, merupakan Ahli Majlis Agama Islam Melaka.

Beliau yang pernah berkhidmat sebagai Pegawai Agama Daerah Jasin di sini pada 1983 hingga 1998 berkata beliau hanya berpegang teguh pada kesungguhan dan ikhlasan dalam menggalas sesuatu tanggungjawab yang diberikan kepadanya tanpa mengharapkan pujian.

Bapa kepada enam anak itu merupakan pemegang Ijazah Kedoktoran dari Universitas Islam Negeri Sultan Syarif Kasim Riau Indonesia dalam bidang syariah dan memegang jawatan beberapa jawatan penting termasuk Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (2002-2006).

DI JOHOR, ketekunan bekas guru agama Sekolah Gunung Lambok memperjuangkan Islam menerusi pengajaran, aktiviti keagamaan serta ceramah diiktiraf apabila dinobatkan Tokoh Maal Hijrah negeri Johor hari ini.

Zahari Jaafar Awang, 68, berpengalaman sebagai pendidik selama 30 tahun menerima wang tunai RM10,000; sijil penghargaan dan hadiah yang disampaikan Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

“Dengan pemberian anugerah tokoh ini, ia sebagai pembakar semangat bukan untuk saya sahaja tetapi kepada umat Islam yang lain supaya terus menyebarkan agama dengan lebih luas lagi,” katanya yang mempunyai tiga anak dan enam cucu.

Di KEDAH, bekas Timbalan Rektor Kolej Universiti Insaniah (KUIN) Abd Rahman Mustafa, 65, diumumkan sebagai Tokoh Maal Hijrah dan wang tunai RM10,000; sijil penghargaan dan hadiah sampingan berbentuk plak daripada Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah Tunku Sallehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah.

Abd Rahman berkata anugerah itu merupakan pembakar semangat buat dirinya untuk berkhidmat kepada masyarakat melalui kerja-kerja sukarelawan, walaupun sudah berpencen pada 2012 sebagai Timbalan Rektor KUIN yang dijawatnya pada tahun 2008.

Abd Rahman yang dilahirkan di Kampung Permatang Setar, Pulau Pinang, merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Undang-Undang, Universiti Islam Antarabangsa (UIA) serta Tokoh Maal Hijrah Peringkat Daerah Kubang Pasu pada tahun lepas.

Sementara itu, Noor Adlan Loy Abdullah, 45, yang berasal dari Alor Setar menerima Anugerah Tokoh Saudara Kita dan membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000; sijil penghargaan dan plak. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori