SELEPAS kecoh dengan kisah rumah tangganya yang dilanda badai baru-baru ini, Linda Rafar akhirnya tampil memberi kenyataan bahawa dia dan suami, Syed Aiman kini sedang dalam proses untuk kembali merujuk.
Memetik laporan sebuah akhbar tempatan, Linda berkata: “Ya, kami dalam proses untuk rujuk. Saya akan hentikan kes itu dalam masa terdekat ini. Saya akui, fasa itu bermula kerana sedang mengandung.
“Itulah yang memberikan kesan sehingga saya melakukan perkara yang mengarut. Wanita mengandung, biasalah memang akan cepat sensitif.
“Buat masa ini, saya dan Syed akan berbincang semula mengenai kehidupan kami. Kami juga akan berbincang dengan pihak keluarga untuk langkah seterusnya demi mengukuhkan kembali ikatan kekeluargaan ini,” katanya.
Terdahulu, bekas anggota kumpulan Elite itu telah menyerahkan borang pengesahan lafaz cerai pada bulan lalu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor. – MYNEWSHUB.CC
Linda Rafar Dedah Kejadian Lafaz Cerai
https://www.youtube.com/watch?v=12wZAL9NfN0