Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

UMNO, BN Kenal Pasti...

KOTA BHARU: Penelitian calon untuk Barisan Nasional (BN) berdepan Pilihan Raya Negeri (PRN)...

Kisah Ibu Malas Basuh...

TABIAT malas adalah salah satu 'penyakit' yang susah untuk diubati, itulah perkataan selalu...

Nenek, Lima Cucu Terselamat...

CAMERON HIGHLANDS - Seorang nenek berusia 70 tahun bersama lima cucunya berumur antara...

Harap Bajet 2015 Tawar...

MELAKA - Pergerakan Pemuda UMNO berharap kerajaan dapat mewujudkan lebih banyak inisiatif yang...

LPT2 Ragut 2 Lagi Nyawa Malam Tadi

KEMAMAN – Dua beranak maut selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas sebelum merempuh pembahagi jalan dalam kejadian di Kilometer 273.9 berhampiran susur keluar Plaza Tol Cheneh Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) di sini malam tadi.

Dalam insiden kira-kira pukul 11.30 malam itu, Hasan Abd Wahab, 53, dan anak sulungnya Hanis Shazwani Hasan, 21, terbunuh di tempat kejadian.

Isterinya Sarimah Abdul Gulam, 51, dan anak bongsu mereka Hanis Shazizatul Hasan, 14, hanya mengalami kecederaan ringan di muka dan badan.

Nahas itu dipercayai berlaku apabila kereta Proton Wira yang dipandu Hasan dipercayai hilang kawalan lalu merempuh pembahagi jalan di susur keluar plaza tol tersebut menyebabkan mereka sekeluarga tersepit di tempat duduk kereta.

Menurut adik ipar mangsa Mohd Amin Gulam, 46, ketika kejadian, mangsa sekeluarga dipercayai dalam perjalanan pulang dari rumah adik ipar mereka di Kampung Ibok ke kediaman mereka di Felda Neram 2 Bandar Baru Cheneh.


Sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Cheneh bergegas ke lokasi kejadian dan mengambil masa kira-kira 20 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Mohd Said Ibrahim ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian tersebut.

Katanya mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk bedah siasat manakala mangsa yang cedera turut menerima rawatan di hospital yang sama. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori