Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Izzue Islam Tidak Kisah...

VOKALIS kumpulan Forteen, Izzue Islam mengakui langsung tidak kisah dikawal isteri yang juga...

Perpaduan Nasional Hanya Bermakna...

KOTA KINABALU - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata...

Cristiano Ronaldo Minta Gareth...

CRISTIANO Ronaldo mahu Gareth Bale digugurkan dari pasukan Real Madrid, menurut laporan di...

Fasa Peralihan Endemik Sehala,...

KUALA LUMPUR: Kerajaan yakin peralihan Malaysia ke Fasa Peralihan Endemik yang diumumkan Perdana...

Masjid, Surau Di Pulau Pinang Dilarang Guna Pembesar Suara

KEPUTUSAN larangan menggunakan pembesar suara di luar masjid dan surau kecuali hanya untuk azan dan iqamah di seluruh Pulau Pinang akan diwartakan tidak lama lagi.

Berdasarkan kenyataan menerusi surat dari Pejabat Mufti Pulau Pinang bertarikh 1 September, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri itu pada 1 dan 2 Julai lalu.

IMG-20150930-WA0135

9036a-pembesar_suara_azan2

Surat itu turut mengandungi keputusan pada mesyuarat 7 April 2011 dalam larangan bacaan al-Quran sebelum subuh menggunakan pembesar suara termasuk diperluaskan untuk semua program seperti qiamulail, tahajud, kuliah, mesyuarat dan seumpamanya.

Bagaimanapan, pembesar suara boleh digunakan di dalam bangunan bagi program dan aktiviti masjid dan surau.


pembesarsuara

Difahamkan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang telah menerima sebanyak 10 aduan berhubung penggunaan pembesar suara di masjid dan surau antara Januari 2012 dan Mei 2015.

Antara aduan tersebut adalah penggunaan pembesar suara di luar bangunan untuk bacaan al-Quran atau tazkirah sebelum solat berjemaah.

Sementara itu, Mufti Pulau Pinang, Datuk Wan Salim Wan Mohd. Noor mengesahkan kandungan surat tersebut dan pada masa yang sama menegaskan ia tidak memberi kesan kepada kesucian Islam di negeri itu. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: mStar Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori