Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Shaheizy Sam Azam Beli...

PETALING JAYA - Pelakon Shaheizy Sam berazam menyempurnakan permintaan ibunya, Khaty Fauziah Musa...

PAS Berhati-Hati Buat Keputusan...

KUALA LUMPUR - PAS Pusat tidak tunduk kepada desakan Parti Keadilan Rakyat (PKR)...

Kereta ‘Terbang’, Rempuh Dua...

PERHATIKAN video berdurasi kurang dua minit ini betul-betul, macam mana kereta dari seberang...

Beli Rempah Ratus Di...

BESUT - Demi menjamin keaslian menu Nasi Arab di restorannya, pengusaha Restoran Nasi...

Malaysia Airlines Tawar Diskaun Bonanza 50%

KUALA LUMPUR – Malaysia Airlines menawarkan diskaun 50 peratus ke atas semua tiket dalam tawaran ‘Year-End Super Specials (YESS)’ bermula hari ini sehingga 30 Okt.

Dalam satu kenyataan, syarikat penerbangan itu berkata kempen YESS adalah bagi tempoh perjalanan 1 Nov, 2015 hingga 30 April 2016 dan boleh ditempah segera di laman webnya.

Tawaran termasuk tambang perjalanan antarabangsa atau domestik termasuk hiburan dalam penerbangan atas permintaan, percuma daftar masuk bagasi 30 kilogram dan makanan.

“Jangan ketinggalan tawaran jualan ini kerana kami menawarkan harga terbaik bagi destinasi kegemaran anda,” kata Ketua Jualan Malaysia Laurent Recoura.

Beliau berkata penumpang kelas perniagaan juga boleh mengambil kesempatan daripada peluang ini untuk mendapatkan tambang menarik bagi perjalanan rasmi mereka, dengan elaun daftar masuk bagasi 40 kilogram.


Recoura berkata perkhidmatan syarikat penerbangan, ‘On Air Celebration’ juga disediakan pada RM250 bagi setiap pesanan untuk pilihan kek hari jadi, ulang tahun atau bulan madu dengan mesej peribadi untuk membuat kejutan kepada orang tersayang.

Perkhidmatan ini ditawarkan kepada penumpang kelas Pertama, Perniagaan dan Ekonomi dari Kuala Lumpur ke destinasi di Asia Tenggara, Asia Utara, Asia Selatan, Eropah, Timur Tengah dan Australia/New Zealand.

Inisiatif terkini syarikat penerbangan bagi penumpang kelas perniagaan ialah menu “Dari Dapur Istana” hasil kerjasama syarikat dengan Tengku Puan Pahang, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar Al-Haj. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori