Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Ambil Kira Hubungan Dengan...

SEREMBAN : Sebarang cadangan bagi penyertaan bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin ke...

Keputusan Siasatan Bunga Api...

KLANG - Keputusan siasatan dalaman berhubung insiden bunga api meletup dan mencederakan 14...

Isu SST Untuk Kad...

KUALA LUMPUR – Kementerian Komunikasi dan Multimedia telah mengambil maklum berhubung aduan pengguna...

Seorang Maut, Tiga Cedera...

PAPAR: Seorang maut, manakala tiga cedera termasuk seorang parah dalam kemalangan membabitkan dua...

Malaysia Akan Terus Bantu Indonesia Padam Api Kebakaran

KANGAR – Kerajaan Malaysia akan terus membantu Indonesia untuk memadam api kebakaran di negara itu bagi membantu mengatasi masalah jerebu yang melanda rantau ini termasuk Malaysia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim berkata, kerajaan kini menunggu kelulusan daripada Wisma Putra dan pihak tentera untuk penghantaran kapal terbang penyembur air bagi kerja-kerja memadam kebakaran berkenaan.

Penghantaran kali ini akan melibatkan dua kapal terbang penyembur air ke sana, kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Maqasid Syariah Peringkat Kebangsaan di Dewan Warisan di sini, hari ini.

Menurut Shahidan, tempoh penghantaran kapal terbang penyembur air ke Indonesia akan mengambil kira perkembangan semasa apabila berlaku perubahan cuaca yang membawa hujan lebat.

Mengenai kedatangan musim hujan, beliau berkata persiapan sudah dilakukan untuk menggerakkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir terutama di negeri-negeri pantai timur dan sebahagian Sarawak.


Menurut beliau, skreateriat bantuan berkenaan dipindahkan daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) kepada Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) namun MKN akan terus membantu mana-mana negeri yang lebih terdedah dengan malapetaka banjir.

Semasa berucap merasmikan seminar berkenaan, Shahidan berkata kerajaan juga akan memberi penekanan menyedarkan mangsa-mangsa banjir jangan lupa tanggungjawab mereka kepada agama walaupun ditimpa musibah.

Sementara itu Mufti Kerajaan Negeri, Datuk Dr. Mohd Asri Zainal Abidin memberitahu seminar dua hari itu melibatkan 350 peserta dari seluruh negara dengan pembentangan enam kertas kerja. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori