Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

PM Ucap Selamat Maju...

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan selamat maju...

Tan Sri Yuen Yuet...

KUALA LUMPUR - Tan Sri Yuen Yuet Leng yang turut memainkan peranan penting...

Harga Minyak Global Jatuh...

TOKYO - Harga minyak jatuh sekali lagi dalam dagangan hari ini, meningkatkan lagi...

Beg Tangan Dilarikan Ketika...

SEORANG wanita warga emas kerugian RM2,000 apabila beg tangannya dilarikan seorang lelaki ketika...

MBI Sedia Bantu Jabatan Perkhidmatan Veterinar Tangani Rabies

IPOH – Majis Bandaraya Ipoh (MBI) sedia membantu Jabatan Perkhidmatan Veterinar menangani penularan wabak penyakit anjing gila atau rabies yang berlaku di Perlis, Kedah dan Pulau Pinang baru-baru ini.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Zamri Man berkata Unit Kawalan Anjing Terbiar, Bahagian Penguakuasa MBI menangkap sebanyak 1,169 anjing terbiar sejak Januari hingga September tahun ini.

“Unit berkenaan diwujudkan untuk menyelesaikan aduan awam berkaitan anjing terbiar (tiada lesen) dengan menangkap dan memindahkan haiwan berkenaan ke tempat yang lebih selamat.

“Bahagian Penguatkuasa MBI menangkap sebanyak 1,119 anjing terbiar pada tahun lepas. Dari 1 Jan hingga 29 Sept lepas, sejumlah 17,922 lesen anjing bernilai RM179,220 telah dijual,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata antara kaedah yang digunakan untuk menangkap haiwan berkenaan ialah tembakan pelali, perangkap, gelung penjerut dan jaring dengan sebahagian peralatan ini dibekalkan kepada MBI oleh Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Zamri menyeru warga Ipoh membantu MBI dengan menyalurkan sebarang maklumat berkaitan ke talian 05-2551515 (MBI), 05-2083100 (penguatkuasaan) atau laman sesawang MBI, www.mbi.gov.my.


Sementara itu, Zamri berkata MBI telah memberi komitmen jitu dalam memastikan Bandaraya Ipoh sentiasa berada dalam keadaan bersih.

“Ini terbukti dengan kesungguhan MBI dari 1 Jan hingga 25 Sept lepas, bertindak membersihkan sejumlah lebih 8,000 kilometer longkang, 3,898 longgokan sampah haram, melupuskan 137,328 tan sisa domestik.

“Selain itu, MBI menjalankan 239 gotong-royong dan 37 gotong-royong basmi denggi, memasang 403 papan tanda ‘Dilarang Membuang Sampah’ serta mengeluarkan 610 kompaun bernilai RM84,200 terhadap pesalah pembuang sampah,” katanya.

Beliau yakin kegemilangan bandaraya Ipoh sebagai bandaraya terbersih di Malaysia akan diiktiraf dengan komitmen semua pihak. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori