MENARA Kuala Lumpur bakal mengadakan satu pertandingan nyanyian khas untuk kanak-kanak.
Dinamakan Suara Cilik Menara Kuala Lumpur, pertandingan ini dirancang diadakan pada 24 dan 25 Oktober 2015, bertempat di Panggung Terbuka.
Penyertaan terbuka kepada kanak-kanak berumur 6 hingga 12 tahun yang mempunyai minat dan bakat nyanyian.
Pemenang bakal menerima hadiah yang keseluruhannya dianggarkan bernilai sehingga RM1,600.
Bagi ibu bapa yang inginkan keterangan lanjut tentang pertandingan ini, bolehlah hubungi Suriati ditalian 03-20205448. – MYNEWSHUB.CC