Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Penunggang Maut Selepas Motosikal...

SUNGAI PETANI - Seorang lelaki berusia 42 tahun maut selepas motosikal ditungganginya terbabas...

Anggota Tentera Mengusung Jenazah...

SEPANG - Walaupun sudah berkali-kali membuat latihan, namun anggota 12 Briged Infantri yang...

Dewan Rakyat Maklum SPR...

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat hari ini mengemukakan pemberitahuan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya...

Geng Pecah Rumah &...

ALOR SETAR - Polis Daerah Kota Setar percaya dapat melumpuhkan sindiket pecah rumah...

Mengandung Adalah Pengalaman Paling Buruk – Kim K

BINTANG realiti televisyen terkenal, Kim Kardashian telah meluahkan isi hati sebenar mengenai kehamilannya buat kali kedua.

Isteri kepada penyanyi rap Kanye West itu menyatakan dalam blognya bahawa mengandung adalah pengalamannya paling buruk dalam hidup.

“Saya akan berterus terang, mengandung adalah satu pengalaman yang paling buruk dalam hidup saya, LOL.

“Saya tidak menikmati satu saat pun daripadanya dan saya tidak faham kenapa orang lain gemarkannya,” tulis bintang berusia 34 tahun itu.

Kim yang berkahwin dengan Kanye sebelum ini telah dikurniakan anak perempuan, North West dan dijadualkan akan melahirkan anak keduanya bulan Disember ini.

kim-k-300x400


“Saya tidak pasti kenapa saya tidak suka dengan pengalaman itu, mungkin kerana sakit belakang atau ia memang tak boleh diterima akal.

“Saya sering rasakan ia bukan kulit saya. Saya juga merasakan diri tidak seksi. Sukar untuk terangkannya,” tambahnya.

Walau bagaimanapun, Kim menyatakan dia juga suka cabaran untuk mendapatkan semula bentuk tubuh asalnya selepas bersalin nanti.

Dia juga melahirkan rasa berbaloi selepas dapat melahirkan anaknya walaupun dia tidak suka dengan pengalaman semasa kehamilan itu. – Agensi/MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori