Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Haram Laga Anjing, Babi...

JAKARTA - Pihak berkuasa wilayah Jawa Barat mengharamkan pertandingan laga anjing dengan babi...

PDRM Siasat Skim Pelaburan...

KUALA LUMPUR : Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menyiasat skim pelaburan 'Sencapital' yang...

Tiada Kes Rabies Di...

KUALA LUMPUR – “Tiada kes positif rabies dilaporkan di Negeri Melaka dan Perak...

Kadar Zakat Kedah RM7,...

Alor Setar : Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) menetapkan tiga kadar zakat fitrah...

Mercy Malaysia Tumpu Persediaan Hadapi Banjir

KUALA LUMPUR – Mercy Malaysia kini memberi tumpuan terhadap persediaan menghadapi bencana khususnya banjir yang melanda negeri-negeri pantai timur di samping mengurangkan kesan daripada bencana berkenaan.

Presidennya, Datuk Dr Ahmad Faizal Mohd Perdaus berkata, Malaysia tidak boleh mengambil mudah bahawa negara ini tidak akan dilanda bencana alam, memandangkan dua bencana besar telah berlaku banjir besar di negeri pantai timur pada Disember tahun lepas dan gempa bumi di Sabah, tahun ini.

“Tumpuan kami kini ialah ke arah persediaan bagi menghadapi bencana, sebelum ini kami bertindak menghulurkan bantuan selepas bencana berlaku.

“Kami bukan sahaja menyediakan bantuan perubatan dan kecemasan selepas bencana, tetapi kami juga membantu masyarakat membuat persediaan berkesan dalam melindungi diri serta mata pencarian mereka sekiranya dilanda bencana alam,” katanya ketika berucap pada majlis makan malam Tahunan Mercy Malaysia kali ke-16 di sini malam ini.


Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah yang juga Penaung Mercy Malaysia dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim berangkat menghadiri majlis makan malam yang telah mengumpul lebih RM350,000 itu. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]wEr08qJwT10[/wpdevart_youtube]

  • Lagi berita berkaitan:
  • MERCY

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori