Tuesday, July 2, 2024

Creating liberating content

Tanah Runtuh: Kesemua Mayat...

GEORGE TOWN - Kesemua 11 mangsa yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di...

UniMara Diwujudkan Awal Tahun...

KUALA LUMPUR - Universiti Majlis Amanah Rakyat (UniMara) akan diwujudkan awal tahun depan...

Tanah ‘Spring’ Tarik Perhatian

NEW DELHI - Sebuah kawasan tebing sungai di India secara tiba-tiba menjadi tumpuan...

2,000 Sekolah Berdepan Masalah...

MELAKA - Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) telah mengenal pasti sebanyak 2,000 sekolah di...

Jerebu: Mesej Dari Si Cilik Indonesia Kepada Jokowi

GAMBAR memaparkan seorang kanak-kanak Indonesia memegang sekeping nota yang ditujukan kepada Presiden Jokowi Widodo kini menjadi sensasi di media sosial.

Gambar yang dimuat naik di laman Facebook penulis terkenal Jonru Ginting itu, bagi menyampaikan mesej kesengsaraan yang dialami akibat jerebu khususnya penduduk di kawasan Riau.

“Pak Presiden kalau tak bisa matikan asap, kirimkan kami uang untuk ke dokter #SaveRiau,” luah kanak-kanak berkenaan.

Jokowi-dan-bocah-Riau-korban-asap

Berdasarkan maklumat ringkas yang tersebar di media sosial, mesej tersebut merupakan sebahagian daripada keluh kesah yang disuarakan penduduk di wilayah Riau, antara kawasan paling teruk diancam jerebu.


Seperti mana yang diketahui, kadar Indeks Pencemaran Udara (IPU) di sana telah mencecah sehingga 2,000, iaitu 10 kali ganda daripada nilai bacaan takat pencemaran yang diklasifikasikan sebagai berbahaya.

Sementara itu portal berita Merdeka.com melaporkan lebih 30 juta penduduk di enam daerah lain diancam masalah kesihatan yang teruk, di mana lebih 10 peratus daripada mereka mengalami masalah berkaitan pernafasan. - MYNEWSHUB.CC

Oleh: hzqahmd

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori