Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Penerima i-Lestari, i-Sinar Perlu...

KUALA LUMPUR - Penerima i-Lestari dan i-Sinar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang...

Lee Zii Jia Kembali...

PETALING JAYA : Ibarat sirih pulang ke gagang, perseorangan lelaki No. 2 dunia,...

2 Warga Asing Dipenjara...

SHAH ALAM - Dua lelaki warganegara asing masing-masing dihukum penjara sebulan dan denda...

3,000 Kad Touch ‘n...

KUALA LUMPUR – Syarikat konsesi lebuh raya Grand Saga Sdn. Bhd. (Grand Saga)...

Mesyuarat S/jaya Bersama M’sia-Indo Ke-14 Bermula Di KL Jumaat Ini

KUALA LUMPUR – Mesyuarat Suruhanjaya Bersama Malaysia-Indonesia Mengenai Kerjasama Dua Hala Ke-14, yang bermula di sini pada Jumaat ini, akan membincangkan isu membabitkan kepentingan bersama kedua-dua negara.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan hari ini berkata antara isu yang akan dibangkitkan pada mesyuarat dua hari itu ialah perdagangan dan pelaburan, penandaan sempadan, pekerja Indonesia di Malaysia serta kerjasama menangani masalah jerebu merentas sempadan.

“Mesyuarat itu juga akan meneroka bidang kerjasama baharu yang mampu meningkat dan memperkukuh kerjasama dua hala antara Malaysia dan Indonesia,” kata kenyataan itu.

Menurut Wisma Putra Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dan rakan sejawatannya di Indonesia Retno L.P Marsudi akan bersama-sama mempengerusikan mesyuarat itu yang bakal bermula dengan mesyuarat pegawai-pegawai kanan.


Mesyuarat itu, yang diadakan secara giliran di kedua-dua negara, turut dijangka mengkaji kemajuan kerjasama dua hala berkenaan dan membuat susulan terhadap keputusan Perdana Menteri Malaysia dan Presiden Indonesia pada rundingan tahunan kedua-dua pemimpin.

Mesyuarat Suruhanjaya Bersama Malaysia-Indonesia Mengenai Kerjasama Dua Hala Ke-13 telah diadakan di Jakarta pada 2 Dis 2013. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori