Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Jangan Lupa Umat Islam...

SEMASA kita semua sedang seronok beraya dan bergembira bersama keluarga, ramai lagi umat...

Saham Tempatan Murah Tapi...

KUALA LUMPUR - Biarpun pasaran saham tempatan merudum namun ia gagal menarik pelabur-pelabur...

Jihan Muse Nafi Gosip...

PELAKON dan pelawak wanita popular, Jihan Muse menafikan khabar angin mengatakan dia bakal...

Waris 2 Pelancong China...

GEORGETOWN: Waris dua pelancong China yang maut dalam insiden pokok tumbang di sini...

MH17: MAB Berterima Kasih Atas Laporan Akhir Siasatan

KUALA LUMPUR – Malaysian Airlines Berhad hari ini menyuarakan terima kasih serta penghargaannya kepada Lembaga Keselamatan Belanda di atas laporan akhir siasatan melibatkan pesawat MH17.

Dalam satu kenyataan hari ini, MAB berterima kasih kepada pasukan itu di atas butiran terperinci laporan itu yang melibatkan tempoh panjang serta sumber-sumber yang banyak.

“Kami mengalu-alukan pengumuman hasil laporan itu dan berharap ia dapat memberi penjelasan kepada keluarga mangsa kejadian yang amat tragik berkenaan.

“MAB juga memberi jaminan kepada semua waris mangsa bahawa kami akan terus bekerjasama dengan pihak berwajib membabitkan semua perkara berkaitan dengan kejadian yang menimpa pesawat MH17.

“Malah, sokongan kami terhadap keluarga terbabit akan terus ada sehinggalah semua isu berkaitan dapat diselesaikan,” katanya.


MAB berkata, ia juga amat menghargai sokongan diberikan kerajaan Belanda dalam mengendalikan kesemua aspek tragedi berkenaan serta usahanya mengetuai siasatan teknikal.

Menurut kenyataan itu, MAB telah bekerjasama erat dengan pihak berkuasa Belanda dan memberi kerjasama penuh kepada pasukan penyiasat.

Dalam kejadian itu, kesemua 298 penumpang dan anak kapal pesawat MH17 yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, maut selepas ia ditembak jatuh di ruang udara Donetsk di timur Ukraine, pada 17 Julai tahun lepas. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori