NAMPAKNYA ‘persengketaan’ di antara pengarah popular, Michael Ang dan pengetua Akademi Fantasia 2015 (AF2015), Edry Abd Halim akhirnya terlerai selepas kedua-duanya dilihat sudah boleh bergambar bersama dalam sebuah majlis yang dihadiri, baru-baru ini.
Michael Ang berkongsi foto terbaharunya itu bersama Edry di laman Instagram.
Menulis kapsyen, “Tammat, move on, Gegar Vaganza next!” bagai menggambarkan yang kedua-duanya sudah pun move on daripada ‘pergaduhan’ yang tercetus minggu lalu.
Kontroversi tercetus antara mereka selepas status Michael di laman Twitter mempertikaikan kemenangan Sufi sebagai Juara Akademi Fantasia 2015 (AF2015) memandangkan Sufi bukanlah calon finalis kegemaran pengarah tersebut.
Isu Juara AF: Saya Tak Kenal Siapa Michael Ang – Edry
Edry Sepatutnya Terima Pendapat Bukan Maki Balik – Michael Ang
Mengulas mengenai status Michael, Edry mengatakan dia tidak mahu ambil pusing pendapat orang yang tidak mempunyai apa-apa pengetahuan dalam bidang muzik dan menekankan yang dia tidak mengenali siapa Michael Ang.
Ha, baguslah dah berbaik, dunia seni tempatan ini kecil je, pusing-pusing jumpa orang yang sama juga.
Tak guna bermasam muka atas sebab remeh temeh yang boleh diselesaikan. Lebih baik saling melupakan apa yang berlaku di antara satu sama lain. – MYNEWSHUB.CC
Sufi catat sejarah warga Singapura pertama juarai Akademi Fantasia
[youtube http://www.youtube.com/watch?v=VfeaQLlUTlg&w=420&h=315]