Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Mamee Bakal Guna Teknologi...

MELAKA - Pengeluar makanan dan minuman Mamee-Double Decker (M) Berhad akan menggunakan teknologi...

ICERD Agenda Freemason, Kata...

PRESIDEN PAS Abdul Hadi Awang mendakwa Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi...

Nicole Scherzinger Bercinta Dengan...

PENYANYI utama kumpulan Pussy Cat Dolls, Nicole Scherzinger nampaknya lebih mudah tertarik kepada...

Perintah Reman Pegawai Kanan...

KUANTAN - Tempoh perintah reman terhadap seorang pegawai kanan Jabatan Kastam Diraja Malaysia...

Microsoft Sambut Baik Peruntukan Tingkat Kelajuan Internet

KUALA LUMPUR – Microsoft Malaysia akan terus bekerjasama dengan kerajaan Malaysia untuk menjadi saluran menjayakan usaha Malaysia menjadi negara digital, kata Pengarah Urusannya, K Raman.

“Sebagai pemboleh teknologi, kami melihat kepentingan untuk lebih berhubung, negara digital, bermula dengan keterbukaan dan kerjasama, dan didorong oleh penyertaan, inovasi dan pertumbuhan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan Bajet 2016 bertemakan “Mensejahterakan Kehidupan Rakyat”, mengumumkan peruntukan sebanyak RM1.2 bilion untuk meningkatkan kelajuan Internet di kawasan luar bandar daripada 5Mbps kepada 20Mbps.

Microsoft Malaysia juga menyatakan sokongan kepada langkah untuk merapatkan jurang digital dalam negara, selaras dengan usaha Malaysia ke arah menjadi negara maju.

“Bajet 2016 adalah satu lagi langkah ke hadapan dalam membuka jalan bagi Malaysia menjadi sebuah negara berasaskan pengetahuan, berpendapatan tinggi menjelang 2020,” kata Raman.


Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Ideate Media Sdn Bhd Zainir Aminullah berkata Malaysia berada pada kedudukan yang baik untuk bergerak dari negara pengeluaran ke arah industri pembangunan kandungan kreatif dalam cara yang bersepadu, dari penjanaan idea kepada pengeluaran dan pengkomersilan.

“Kita perlu menggalakkan pemilikan hak harta intelek (IP) tempatan dan bergerak melangkaui menjadi hab pengeluaran penyumberan luar,” katanya sambil menambah ini bukan sahaja akan menyediakan lebih banyak peluang kepada peserta tempatan tetapi juga meningkatkan keupayaan untuk meluaskan eksport kandungan buatan Malaysia dan memacu persekitaran pembiayaan yang berterusan,” katanya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]9F3-fJMIwlA[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori