Tuesday, October 29, 2024

Creating liberating content

Tsunami Sampai Ke Jepun,...

TOKYO : Tsunami melanda Jepun lewat semalam hingga awal hari ini, dan ombak...

Pemetik Api Menyerupai Senapang...

MIRI - Polis menemukan dua pemetik api yang menyerupai senapang dan pistol di...

‘Kembar’ Chloe Moretz Ditemui...

MENGEJUTKAN namun memang kelihatan sama. Nampaknya pelakon yang juga bekas kekasih kepada Brooklyn...

Mangsa Banjir Di Kelantan...

KOTA BHARU - Jumlah mangsa banjir di Kelantan terus berkurangan daripada 14,706 orang...

Miley Cyrus Patut Kembali Nyanyi Lagu Genre Country

BINTANG kontroversi di Hollywood, Miley Cyrus patut kembali mendendangkan lagu genre country yang pernah menaikkan namanya dahulu, kata penyanyi kumpulan The Shires, Ben Earle.

Kumpulan The Shires merupakan duo yang terdiri daripada Ben dan Crissie Rhodes yang popular dalam mengetengahkan lagu genre country.

The-Shires
Kumpulan duo, The Shires

Menurut Ben, Miley mempunyai peluang yang cerah jika dia kembali ke tempat asalnya yang ternyata memikat hati ramai peminatnya dahulu.

Ben mengakui ramai yang mahukan Taylor Swift kembali membawa lagu bergenre country namun kini kedudukan Taylor sangat kukuh di dalam industri.

Taylor Swift
Taylor Swift

Walau bagaimanapun, Ben secara peribadinya merasakan Miley yang pernah popular dengan lagu ‘The Climb’ itu sangat mempunyai potensi yang tinggi.

Dia juga merasakan bakat pelantun lagu ‘Wrecking Ball’ dalam genre country tersebut terserlah kerana bapanya, Billy Ray Cyrus, yang juga seorang penyanyi lagu genre country.

Ben juga menyatakan lakonan Miley dan filem ‘Hannah Montana: The Movie’ memberi impak kepadanya dan lagu-lagu yang dinyanyikan oleh penyanyi berusia 22 tahun itu sangat hebat.


Miley-Cyrus
Miley Cyrus sebagai Hannah Montana dalam filem ‘Hannah Montana: The Movie’.

Memang tak dinafikan, imej serta cara pembawaan Miley dalam industri muzik lebih hebat dahulu berbanding sekarang yang sering dilanda kontroversi.

Imej ‘bersihnya’ dahulu lebih diterima oleh peminat dan dia juga kelihatan sangat ayu dan anggun dengan rambut panjangnya.

Semoga Miley kembali ke akar asalnya dan perjuangkan genre muzik seperti dahulu. Dengan bakat yang tidak kurang hebatnya itu, Miley mampu pergi lebih jauh dari sekarang.

https://instagram.com/p/8VnK-EQzDx/?taken-by=mileycyrus

Beberapa hari lalu, Miley dilaporkan telah kembali dengan imej berambut hitam dan panjang seperti sebelum ini, adakah dia akan kembali menaikkan semula namanya seperti dahulu? Sama-sama kita nantikan.

– Agensi/MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori