Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

“Sanctuary Garden” Curi Hati...

ARAU - Susunan beberapa buah meja makan di atas hamparan permaidani hijau seakan...

PPZ-MAIWP Sasar Kutipan Zakat...

KUALA LUMPUR - Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) menyasarkan...

Bekas Pemandu Zahida Rafiq...

Mahkamah Sesyen Ampang hari ini mendakwa bekas pemandu kepada pelakon Zahida Mohamed Rafiq...

Protes Perancis Jejas Ekonomi,...

PROTES besar-besaran antikerajaan di Perancis akan memperlahankan pertumbuhan ekonomi pada suku terakhir tahun...

Misi Kedua Bantu Padam Kebakaran Di Sumatera

PETALING JAYA – Malaysia akan menghantar misi kedua bagi membantu memadam kebakaran di Sumatera Selatan, Indonesia, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim hari ini.

Beliau berkata, penghantaran misi kedua itu berikutan keadaan (jerebu) di daerah berkenaan kini berada di tahap amat membimbangkan.

“Berdasarkan laporan awal yang diterima keadaan jerebu akibat kebakaran di sana masih belum pulih, malah teruk,” kata Shahidan.

“Kita ada permintaan sendiri daripada Indonesia untuk meneruskan operasi itu,” katanya pada sidang media selepas menyambut kepulangan pasukan misi bantuan pertama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di Subang di sini, hari ini.


Misi pertama itu berlepas ke Sumatera Selatan pada 9 Oktober lepas.

Pesawat yang terlibat dalam misi itu Bombardier CL415 MP, dan helikopter AS365 N3 Dauphin milik APMM, serta sebuah pesawat Hercules C130 milik TUDM. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori