Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Penjual Buah Didakwa Bunuh...

KLANG - Seorang penjual buah dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini...

Pihak Istana Buru Individu...

KHABAR angin mengenai pergaduhan antara Meghan Markle dan Kate Middleton mula diperkatakan sejak...

Diari Kabul Ke Beirut:...

MENGHADAPI gegaran bom 50 kilogram yang dilepaskan tentera Israel pada jarak empat kilometer dari...

Banjir Kilat Di Batu...

JOHOR BAHRU - Seramai 10 daripada 43 mangsa banjir yang ditempatkan di pusat...

MISTERI… DJ Dijumpai Lepas Hilang 2 Bulan, Tapi Sangka Sehari

PELIK campur misteri. Seorang DJ sambilan yang dilaporkan hilang sejak dua bulan lalu ketika mencari siput di jeti nelayan Jalan Genting, Klang, Selangor akhirnya ditemui di lokasi yang sama, pada Jumaat.

Azhar Muhammad, 45 tahun; atau lebih dikenali sebagai DJ Kahong dikatakan ditemui orang ramai dalam keadaan dipenuhi lumpur dan tidak terurus kira-kira jam 7.30 pagi.

Berkongsi cerita tentang apa yang terjadi, dia berkata telah bertemu seorang lelaki tua yang memakai baju warna krim yang mengajaknya bersembang.

Menurutnya, lelaki tua tersebut kemudian memberikan kepadanya rantai leher dan tangan yang berwarna kuning, sebilah keris serta buku kecil tertulis ayat al Quran.

Bertambah aneh, Azhar terkejut apabila mengetahui sudah hilang selama dua bulan kerana menyangka dia tidak pulang baharu cuma sehari.


“Saya ingat satu hari saja saya jumpa dia… rupanya dah dua bulan, saya terkejut apabila diberitahu rakan-rakan dan isteri.

“Saya tak sangka rupanya dah dua bulan saya hilang dan semua orang cari saya,” katanya kepada Sinar Harian.

Azhar dilaporkan hilang pada 10 Ogos lalu selepas dikatakan pergi ke jeti di pangkalan nelayan untuk mencari siput di kawasan hutan bakau berdekatan kira-kira jam 7 malam. – MYNEWSHUB.CC

[youtube http://www.youtube.com/watch?v=vysW9MT8JYA]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori