Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

“Bakar Kamu Sampai Mati”...

HONG KONG - Seorang pelancong wanita Taiwan antara tiga mangsa yang kritikal akibat...

Penyamun Larikan RM50,000 Milik...

TAWAU - Seorang ahli perniagaan wanita, berusia 43 tahun, kerugian RM50,000 setelah beg...

Kontroversi Tak Jejas ‘Periuk...

KONTROVERSI yang melanda pelakon Afifah Nasir tidak pernah melenturkan semangat yang ada dalam dirinya...

Komando AS Gagal Selamat...

SANAA – Dua tebusan warga Amerika Syarikat (AS) dan Afrika Selatan yang ditawan...

Mossy Forest Terpaksa Ditutup Kerana Sampah-Sarap

CAMERON HIGHLANDS – Mossy Forest atau Hutan Berlumut di Gunung Brinchang yang terkenal dengan flora eksotik dan lumut yang tumbuh subur bak permaidani ditutup untuk jangka masa panjang kerana sampah-sarap.

Tiada lagi aktiviti rekreasi dibenarkan di sekitar pelantar laluan dan di dalam hutan itu, termasuklah mendaki Gunung Irau semasa tempoh penutupan, yang dijangka sehingga pertengahan 2016.

Penutupan itu yang berkuat kuasa pada Khamis, telah diumumkan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Pahang menerusi laman Facebook rasmi agensi tersebut.

Pengarahnya, Datuk Mohd. Paiz Kamaruzaman menyifatkan keperluan untuk membersihkan sampah di dalam hutan itu sebagai sesuatu yang ‘mendesak’ pada masa ini.

Beliau berkata lebih banyak tong sampah akan diletakkan untuk membantu dalam mengurangkan jumlah sampah, terutamanya di kawasan pelantar laluan.

“Papan tanda menggesa orang ramai untuk memelihara Hutan Mossy akan ditambah. Malahan kerja-kerja penyelenggaraan akan dijalankan semasa penutupan.

“Penutupan ini juga akan membolehkan pertumbuhan semula dan pemulihan lumut, yang merupakan keistimewaan kawasan ini,” kata beliau sambil menambah jabatan itu akan melakukan rondaan semasa musim cuti dan hujung minggu.

sampah

Mohd Paiz berkata dialog dengan pengusaha pelancongan dan NGO akan diadakan tidak lama lagi untuk mendapatkan pandangan mereka mengenai cara-cara untuk memulihara hutan tersebut.

Langkah untuk menutup hutan itu bagaimanapun tidak diterima baik oleh beberapa pemandu pelancong.


Salah seorang daripadanya, yang hanya mahu dikenali sebagai Bob, 37, menyalahkan pelancong tempatan.

“Perlu ada penguatkuasaan untuk menghalang orang ramai daripada merosakkan kawasan ini. Pesalah harus dikenakan denda,” katanya.

“Apa yang kita akan promosikan jika hutan ini ditutup?”

Rakan pemandu pelancongnya, K. Subramaniam, 65, berkata, rakyat Malaysia telah memetik dan memusnahkan tumbuh-tumbuhan di sini.

“Mereka tidak mendengar nasihat kami, berbeza dengan pelancong dari benua Eropah dan rantau Timur Tengah,” katanya.

“Kadang-kadang, orang asing juga membantu membersihkan tong sampah.”

Seorang lagi pemandu pelancong S. Thiru, 48, mahu melihat hutan itu ‘berkembang’ semula secara semula jadi.

“Ramai yang menyamakannya dengan adegan dalam hutan dalam filem hebat The Lord of the Rings dan Avatar. Filem tempatan Puteri Gunung Ledang juga difilemkan di sini,” katanya. – mStar Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori