Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Jurutera Jadikan Beg Plastik...

KUALA TERENGGANU - Demi memastikan dirinya dilindungi dari jangkitan COVID-19, seorang jurutera sanggup...

Masih Belum Jelas Tentang...

Sejak minggu lepas, terdapat banyak spekulasi mengenai pelbagai elemen dalam perniagaan 1MDB. Walaupun...

Gambar Beruk Cedera Akibat...

PETALING JAYA - Seorang pencinta haiwan menggunakan Internet sebagai medium untuk meluahkan rasa...

2 Sahabat Dipenjara Sebulan...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Majistret hari ini menjatuhkan hukuman denda RM500 dan sebulan...

MotoGP Di Litar Sepang Tetap Terus Waima Ketika Jerebu

KUALA LUMPUR – Perlumbaan Grand Prix (GP) Motosikal Malaysia hujung minggu ini tetap akan diteruskan walaupun keadaan jerebu di litar Sepang, Selangor mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat.

Ketua Pegawai Eksekutif Sepang International Circuit (SIC), Datuk Razlan Razali berkata Dorna iaitu pemegang hak penganjuran MotoGP, tetap mahu perlumbaan itu diteruskan dengan menetapkan beberapa perancangan.

Antaranya ialah pihak SIC dijangka memendekkan tempoh masa perlumbaan daripada biasa sekiranya keadaan jerebu semakin teruk di kawasan sekitar litar yang terletak bersebelahan sahaja dengan KLIA di Sepang itu.

Saya telah bincang dengan Dorna pagi tadi. Mereka pernah anjur perlumbaan di negara lain yang alami jerebu. Kami juga ada pelan kontingensi iaitu tiada sesi pemanas badan atau pun memendekkan masa perlumbaan.

“Perlumbaan MotoGP ini perlu diteruskan juga kerana ia melibatkan kiraan mata bagi kedudukan keseluruhan dunia yang hanya berbaki dua perlumbaan lagi untuk musim ini,” katanya ketika dihubungi Bernama pada Rabu.

SIC

Perlumbaan GP Malaysia pada kali ini boleh menentukan kedudukan terkini juara dunia kategori MotoGP sama ada antara dua pelumba Movista Yamaha MotoGP, Valentino Rossi (Itali) dan Jorge Lorenzo (Sepanyol).


Rossi kini mendahului kedudukan keseluruhan dengan 296 mata, hanya 11 mata mengatasi Lorenzo. Selain itu, pusingan ke-17 perlumbaan musim ini turut akan menjadi penentu kejuaraan dunia bagi kategori Moto3.

Kejuaraan dunia untuk kategori Moto2 telah pun secara rasmi dimenangi oleh pelumba dari Perancis, Johann Zarco daripada pasukan Ajo Motorsports di litar Motegi, Jepun dalam perlumbaan pada 11 Oktober lepas.

Sementara itu, empat pelumba negara iaitu Hafizh Syahrin Abdullah, Azlan Shah Kamaruzaman dan Mohd. Ramdan Mohd. Rosli serta Zulfahmi Khairuddin turut beraksi dalam baki dua perlumbaan untuk musim ini.

Bersempena dengan sambutan Jubli Perak GP Motosikal Malaysia pada tahun ini, Razlan berkata penjualan tiket sudah pun melebihi 80 peratus iaitu pertambahan sebanyak 38 peratus berbanding rekod dicatatkan tahun lepas.

– BERNAMA/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori