Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Jambatan Ke-3 Klang Siap...

KLANG - Projek jambatan ketiga Klang bernilai RM230 juta bertujuan mengurangkan kesesakan lalu...

3 Cedera Dalam Insiden...

PATTANI - Dua anggota keselamatan dan seorang pelajar wanita cedera dalam insiden serangan...

Patuhi Garis Panduan Banjir...

KENINGAU – Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Joseph Pairin Kitingan menasihatkan penduduk di...

Mangsa Banjir Mungkin Pindah...

SETIU - Mangsa banjir di Terengganu berkemungkinan akan berhadapan dengan beberapa kali lagi...

Motosikal Dinaiki Meletup, Sepasang Suami Isteri Maut

GUA MUSANG – Sepasang suami isteri terkorban apabila motosikal yang dinaiki tiba-tiba meletup yang dipercayai berpunca daripada bom buatan sendiri di Kampung Pulai, Gua Musang, pagi ini.

Kejadian yang berlaku kita-kira jam 9:30 pagi menggemparkan orang ramai yang sedang menjalankan aktiviti harian.

Mangsa yang tinggal di Kampung Batu Papan 2 di sini dikenali sebagai Ah Mok dan isterinya, Kim Fong berusia 70-an bekerja sebagai penoreh getah.

Menurut Ketua Polis Daerah Gua Musang, Supritendan Saiful Bahri Abdullah mengesahkan kejadian berkenaan.

“Kejadian berlaku ketika jalan agak sunyi ketika pasangan berkenaan sedang keluar untuk sarapan pagi di kedai berhampiran.


“Bom buatan sendiri itu berkenaan yang sudah dipasang pada motosikal meletup menyebabkan mayat kedua-dua mereka berkecai dan tercampak ke kawasan semak berhampiran,” katanya.

Pihak polis kini dalam siasatan lanjut dan pihak forensik daripada Kuantan telah datang untuk membantu siasatan.

Beliau juga menasihatkan orang ramai suapaya tidak mengaitkan kejadian dengan isu perkauman, agama atau politik. – MYNEWSHUB.CC

  • Lagi berita berkaitan:
  • Bom

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori