Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Bomba Kemuka Penambahbaikan Operasi...

KUANTAN - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah mengemukakan pelbagai aspek penambahbaikan...

Elaun ADUN Johor Naik...

KESEMUA 56 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Johor menikmati kenaikan elaun sebanyak RM4,000...

Lebuh Raya Atlantik Tercantik...

SEORANG pengguna Facebook dikenali Aji Yusop menerusi posting di laman sosial itu berkongsi video...

Lebih 4,300 Ditahan Dalam...

MOSCOW: Lebih 4,300 orang dilaporkan ditahan dalam tunjuk perasaan antiperang di seluruh Russia.Perkara...

Muar, Balok Catat IPU Tidak Sihat

KUALA LUMPUR – Muar dan Balok Baru di Kuantan merupakan dua kawasan terbaru yang dikesan mengalami Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 10 malam ini, masing-masing dengan IPU 106 dan 104.

Menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), bacaan IPU bagi Tanjung Malim dan Kuching yang berada dalam kategori tidak sihat setakat 6 petang tadi, kembali ke paras sederhana malam ini, iaitu masing-masing 100 dan 97.

Empat belas kawasan lain yang mencatat IPU tidak sihat malam tadi ialah Bandaraya Melaka (132), Bukit Rambai (123), Nilai (129), Port Dickson (121), Seremban (133), Tawau (146), Samarahan (106), Banting (136), Pelabuhan Klang (124), Petaling Jaya (117), Shah Alam (119), Batu Muda (126), Cheras (114) dan Putrajaya (129).

Sebanyak 26 kawasan merekodkan IPU sederhana termasuk Kota Tinggi (68), Larkin Lama (100), Alor Setar (57), Langkawi (52), Indera Mahkota (90), Seri Manjung (91), Perai (67), Bintulu (70), Sarikei (83), Kuala Selangor (92), Kemaman (97), Kuala Terengganu (55) dan Paka (81).


IPU antara 0 hingga 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 301 ke atas (berbahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori