PASTI semua wanita masih ingat dengan watak romeo Jack Dawson dari filem epik, Titanic yang mencetuskan fenomena di seluruh dunia sekitar tahun 1996 dan 1997.
Ya, kini anda semua boleh kembali berangan dan menatap semula wajah kacak pelakon Leonardo DiCaprio itu ketika muda dengan melihat muka lelaki dari Sweden ini!
Konrad Annerud telah menjadi sensasi Internet selepas dia dilihat memiliki wajah persis aktor tampan filem Titanic itu ketika usia muda.
Rata-rata netizen sangat kagum dan teruja dengan perkara itu, sekali gus membuatkan Konrad popular di laman sosial.
Lelaki berusia 21 tahun itu yang juga merupakan seorang model, pemuzik dan pelayan bar itu turut mengakui perkara tersebut.
“Ia agak sukar kadang-kadang kerana orang ramai memanggil saya Leo berbanding nama saya. Tapi ia seronok untuk menjadi Leo kerana dia seorang yang kacak,” katanya.
Walau bagaimanapun, Konrad juga menyatakan perkara itu juga membuatkannya pening kepala dan rungsing.
“Ia lebih teruk jika saya berada di luar negara. Semasa saya berada di Itali musim panas yang lepas, saya seperti mahu mencukur kepala saya.
“Ia jadi huru-hara. Orang ramai menjerit nama Leo dan mahu bergambar dengan saya. Ia merupakan pengalaman paling gila saya pernah alami,” tambahnya.
Bintang sebenar, DiCaprio yang kini berusia 40 tahun masih lagi tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenai gambar yang viral ini namun apa yang pasti, pelakon itu akan terkejut dengan ‘keajaiban’ tersebut.
– Agensi/MYNEWSHUB.CC