MEDAN – Seorang murid sekolah rendah di daerah Batubara di sini membakar dua murid lain kerana membalas dendam terhadap kedua-duanya.
Jurucakap polis Sumatera Utara Helfi Assegaf berkata, murid berkenaan dikenali sebagai JS bertindak demikian selepas kedua-dua mangsanya tidak mempedulikannya.
“Kejadian berlaku di kantin sekolah apabila kedua-dua mangsa, JCS dan MP yang belajar di darjah dua di sekolah berkenaan, bermain bersama tanpa mempedulikan JS.
“JS kemudian meninggalkan dua murid itu, tetapi kembali dengan membawa setin minyak tanah sebelum menyimbah kedua-dua pelajar itu.
“JS kemudian menyalakan mancis dan melontar pada mereka,†kata Helfi.
Setakat ini tidak dapat dipastikan dari mana JS memperoleh minyak tanah dan mancis itu.
JCS kini dirawat di hospital kerana melecur teruk sementara MP yang cedera ringan pada tangan kiri dan kepala dibenarkan pulang selepas dirawat. – Agensi/myMetro Online
https://www.youtube.com/watch?v=GJUM1yXAW60