Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Pesilat Hanya Layak Masuk...

KUALA LUMPUR - Golongan pesilat hanya layak masuk `bakul sampah' sejarah Malaysia!Demikian sindiran...

Proton Selamatkan DRB-Hicom

KUALA LUMPUR - DRB-Hicom Bhd. mencatatkan keuntungan bersih RM40.08 juta bagi suku kedua...

Kempen Aiskrim Percuma Saingi...

DEMI memastikan umat Islam di Selangor tidak mabuk arak, Datuk Seri Jamal Md....

SPRM Reman 4 Individu...

PUTRAJAYA - Empat individu termasuk seorang pegawai di sebuah kementerian direman enam hari...

Mustapa Diberi Mandat Runding Terma Perjanjian TPPA

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah memberi mandat kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkenaan rundingan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).

Menerusi laman Twitternya @NajibRazak hari ini, perdana menteri berkata beliau dan kabinet telah memberi mandat dan kepercayaan kepada Mustapa untuk berunding terma-terma TPPA.

“Adalah tanggungjawab kerajaan untuk memastikan kepentingan ekonomi jangka panjang negara dipelihara dan pada masa yang sama, kepentingan domestik tidak dikompromi,” kata beliau.

Sementara itu, Mustapa di dalam satu kenyataan semalam berkata TPPA yang dirumuskan baru-baru ini bersetuju untuk mempertimbang hampir kesemua kebimbangan dan sensitiviti yang dibangkitkan Malaysia termasuk pemerolehan kerajaan, perusahaan milik negara dan bumiputera.


Mustapa berkata butiran fleksibel diberikan kepada Malaysia termasuk tempoh peralihan lebih panjang dan layanan berbeza bagi perkara yang sensitif kepada negara.

Belia turut memberi jaminan bahawa keputusan sama ada Malaysia menjadi pihak atau sebaliknya kepada TPPA akan menjadi keputusan secara kolektif.

“Sebaik sahaja teks rasmi perjanjian siap dan disediakan, ia akan dibawa kepada pengetahuan umum dan dibentangkan di Parlimen untuk dibahas. Kita juga akan mengadakan perundingan penuh dengan pihak-pihak berkepentingan dan orang awam,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori