Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Sibuk Bisnes, Nora Makin...

JIWA seni masih tebal dalam diri pelakon cantik manis Nora Danish, tetapi disebabkan...

Nabila Huda Lebih Bahagia...

NABILA Huda yang baru sahaja mendirikan rumah tangga bersama suami tercinta memberitahu bahawa...

Penyertaan Kali Pertama Bawa...

PUTRAJAYA - Minat mendalam terhadap bahasa dan budaya asing membawa tuah kepada peserta...

Kim Swee Yakin Malaysia...

YANGON - Peluang skuad Harimau Malaysia mara ke separuh akhir Piala AFF Suzuki...

MAZA Dakwa Nabi SAW ‘Larang’ Pembesar Suara di Masjid?

KUALA LUMPUR – Mufti Perlis, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin yang diketahui umum sebagai tokoh agama mesra pembangkang menyokong larangan menggunakan pembesar suara di luar masjid dan surau kecuali untuk azan dan iqamah.

Beliau mendakwa, umat Islam memang sepatutnya menghentikan bacaan yang dibuat melalui pembesar suara kerana ia ‘arahan’ Nabi Muhammad S.A.W serta boleh mengganggu orang di luar dan dalam masjid selain menimbulkan rasa kurang senang bukan Islam.

“Mematuhi hal ini bukan kerana isu politik semata-mata, tetapi itu ‘arahan’ daripada Nabi Muhammad SAW dan juga menjaga Islam yang harmoni.

“Suara-suara yang dikuatkan itu bukan menambahkan cinta mereka (bukan Islam) kepada agama Islam sebaliknya menimbulkan salah faham banyak pihak.

“Ramai orang bukan Muslim keliru antara laungan azan dan bacaan selain suara azan yang dilaungkan menerusi corong pembesar suara,” katanya yang turut dikenali dengan singkatan MAZA.

Baca: Cina Singapura Buat Petisyen Minta Hentikan Sembelih Korban

pembesarsuara

“Mereka menyangka bacaan-bacaan itu adalah azan yang disuruh oleh Islam lalu mereka bersangka buruk dengan Islam yang harmoni ini.


“Apatah lagi bacaan itu mengambil masa yang lama, sedangkan azan yang sebenar tidak lebih dari lima minit,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Mohd. Asri turut menyelar umat Islam di Malaysia yang mempertahankan amalan menggunakan pembesar suara di masjid dan surau untuk tujuan membaca Al-Quran, berzikir dan sebagainya dengan alasan ia bacaan yang patut diagungkan oleh umat agama itu.

“Mereka menyangka sikap keras mereka dalam hal ini adalah perjuangan mempertahankan Islam.Walaupun bacaan al-Quran dan zikir amatlah baik. Namun kita tidak boleh dipaksa orang lain mendengar bacaan kita,” katanya.

Pihak berkuasa Pulau Pinang yang diperintah DAP baru-baru ini bersetuju mengenai larangan membaca Al-Quran sebelum Subuh dengan menggunakan pembesar suara di luar masjid dan surau di negeri itu.

Malahan ia perlu ditambah baik dengan memasukkan larangan menggunakan pembesar suara di luar masjid dan surau bagi semua program seperti qiamulail, tahajud, kuliah, mesyuarat dan seumpamanya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori