Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Ahmad Faizal Masih Menteri...

IPOH - Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-14 Perak berakhir semalam selepas berlangsung...

Sanusi Diarah Bayar RM120,000...

KUALA LUMPUR: Mahkamah Rayuan hari ini, mengarahkan Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor,...

4 GAMBAR: Bomba Ke...

Nak sertai pasukan bomba dan penyelamat, jiwa mesti kental.Hal ini kerana mereka akan...

Deklarasi Mahathir Tidak Dapat...

KEPALA BATAS - Majlis Bersama Pemimpin, Deklarasi Mahathir gagal meraih sambutan di sini...

Najib Hadir Solat Jumaat & Solat Hajat Di Masjid Putra

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyertai jemaah di Masjid Putra di sini menunaikan solat Jumaat dan solat hajat bagi mendoakan kesejahteraan negara serta memulihkan keadaan ekoran jerebu yang melanda.

Solat Jumaat dan solat hajat itu dipimpin Imam Masjid Al-Aqsa, Imam Ali Omar Yacoub Abbasi, manakala Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyampaikan khutbah.

Solat hajat itu turut mendoakan kesejahteraan Malaysia dan Palestin.

Semalam, Ali Omar ketika membuat kunjungan hormat ke atas Najib di kediaman rasminya di Seri Perdana turut merakamkan penghargaan atas perjuangan perdana menteri membela nasib Palestin dan Masjid Al-Aqsa selama ini termasuk ketika berucap di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) baru-baru ini.


Menurutnya tidak banyak pemimpin Islam yang berani membangkitkan isu Palestin dan mengutuk penindasan Israel secara terbuka seperti yang diperjuangkan oleh Najib.

Dalam pada itu, Jamil Khir ketika menyampaikan khutbah bertajuk ‘Hijrah Mengukuh Solidariti Ummah’, menyeru seluruh rakyat berdoa kepada Allah semoga masalah jerebu yang melanda negara pulih segera supaya masyarakat dapat meneruskan rutin seharian dengan selesa.

Mimbar juga menyentuh mengenai kepentingan mematuhi arahan yang dikeluarkan pihak berkuasa dan tidak menyampaikan maklumat tidak tepat mengenai situasi jerebu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori