Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Bomba Jana Rezeki Buka...

JIKA cakap tentang anggota bomba, pasti terlintas di fikiran mengenai kemahiran dan ketangkasan...

Akan Laksana Pelan Tindakan...

INISIATIF Kerajaan menangani masalah pendidikan, kesihatan, nutrisi, sosial dan kemiskinan dari kalangan kanak-kanak...

Rakyat Terus Minta Luluskan...

KUALA LUMPUR – Ruangan komen pada sesi Mesyuarat Khas Dewan Rakyat hari ini...

Azahari Mulakan Perniagaan Bulan...

PUTRAJAYA - Azahari Ibrahim, bapa kepada 11 anak yang kisahnya berdepan kesukaran menjadi...

Najib Nafi Adakan Pertemuan Dengan Netanyahu Di PBB

MILAN – Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan dakwaan kononnya beliau mengadakan perjumpaan dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu sewaktu Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York, baru-baru ini.

Perdana Menteri berkata beliau sebenarnya telah bertembung dengan pemimpin itu di sebuah pintu di ibu pejabat PBB selepas Netanyahu selesai berucap dan beliau pula selepas itu.

“Bukan saya jumpa…terserempak dekat pintu masuk ke PBB sebab dia berucap sebelum saya. Lepas tu saya berucap,” beliau berkata demikian bagi menjawab soalan mengenai gambar beliau yang dikatakan bertemu dengan Nethanyahu yang disebarkan di laman sosial.

Najib-Netanhayu-cropped-flickr-041015
Gambar Datuk Seri Najib Tun Razak yang dikatakan bertemu dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu sewaktu Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York, baru-baru ini.

Beliau berkata demikian pada akhir lawatan kerja ke Itali selama tiga hari mulai Jumaat.

Beliau berkata pada masa itu pemimpin itu sedang menunggu keretanya.


“Jadi dia salam dengan saya, saya salam dengan dialah. Bukan ada apa-apa, bukan pertemuan. Terserempak secara kebetulan sahaja. Ini boleh disahkan oleh Menteri Luar dan wakil duta di Amerika Syarikat dan Wakil Tetap Malaysia di PBB,” katanya.

Najib berkata jika beliau mengadakan perjumpaan dengan Perdana Menteri Israel itu tentulah ia dalam keadaan yang lebih formal.

Beliau berkata orang ramai dapat membezakan perkara yang benar dan sebaliknya.

“Apa-apa boleh menjadi viral. Apabila anda viral, mereka memberi gambaran salah mengenai kebenaran. Ini adalah bahaya media sosial,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori