KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menerima kunjungan hormat Menteri Luar Singapura, Dr. Vivian Balakrishnan di bangunan Parlimen.
Dalam pertemuan kira-kira 20 minit itu, Balakrishnan diiringi Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia, Vanu Gopala Menon.
Malaysia adalah negara kedua yang dikunjungi Balakrishnan selepas Brunei, setelah beliau dilantik sebagai Menteri Luar awal bulan ini.
Balakrishnan sebelum ini berkhidmat sebagai Menteri Alam Sekitar dan Sumber Air Singapura untuk tempoh empat tahun sejak 2011. – BERNAMA